suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Perasaan Yang Sukar Digambarkan


Pernah tak kita semua terfikir akan wujudnya perasaan yang sukar digambarkan dalam diri kita ini. Seperti perasaan marah, sakit hati, geram dan benci yang sangat-sangat terlampau sehingga memakan diri kita sendiri. Dan perasaan itu semua wujud pada seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai sangat-sangat suatu masa dahulu. Patut ke kita ada perasaan sedemikian.? 

Aku tak tahu kenapa aku boleh terfikir sedemikian. Tiba-tiba soalan tu berlegar-legar dalam fikiran aku. Adakah kerana keadaan persekitaran aku. Adakah kerana aku takda kerja nak buat jadi aku fikirkan benda ini.? Ataupun aku terlalu banyak tengok cerita-cerita mengenai hati dan perasaan dua tiga menjak ni.?

Ahhh biarlah. Aku hanya ingin tahu mengapa perasaan sebegitu wujud. Dan aku ingin tahu mengapa wujudnya perasaan itu. Bukan apa hanya untuk merungkai segala persepsi yang ada dalam fikiran aku ini. Itu sahaja.

Jika benar ada antaranya yang pernah berperasaan begitu, kenapa ianya terjadi.? Bukankah dahulunya saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Berjanji hidup bersama-sama. Dah berjanji setia selamanya. Oh yea setia yea. Emm mungkin kerana itu. Kerana janji setia yang diperkatakan. Dahulunya pernah berjanji sumpah setia untuk bersama selama-lamanya. Sanggup harungi suka duka bersama. Ingin hidup bersama walau apa jua rintangan yang datang. Segala-galanya ingin bersama-sama.

Hanya kerana kata-kata manis yang keluar dari mulut manusia, kita boleh terpengaruh dengan janji setia yang disuarakan. Padahal ianya belum tentu jujur dari hati. Belum tentu apa yang diperkatakan itu benar. Mulut berbicara dan hati pun berkata-kata. Hati manusia tak siapa tahu kan.

Kenapa kita terlalu taksub dengan janji semua tu. Kita tak pernah terfikir ke yang itu semua bukan boleh pakai pun. Apa yang dikatakan hanya untuk menjaga hati pasangannya. Lebih tepat lagi hanya untuk mengambil hati.

Aku sedar sekarang kenapa perasaan seperti itu boleh wujud dalam diri manusia. Ia wujud apabila kita telah memberikan yang terbaik dalam sesebuah hubungan dan setelah kita percaya ia adalah hubungan yang akan berkekalan selamanya. Tapi setelah bersama bertahun-tahun, hubungan yang dianggap indah itu hancur sekelip mata. Tanpa ada angin ataupun sebarang sebab. Tiada sebab untuk mengakhiri hubungan yang terjalin itu. Lebih tragis apabila hubungan yang terjalin itu telah diketahui ramai dan hubungan itu telah direstui. Semua pihak bersetuju dan gembira hubungan itu terjalin. Tiada yang menentang. Alangkah gembiranya pasangan itu apabila hubungan yang mereka bina atas dasar suka sama suka itu telah direstui. Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk hubungan itu. Sungguh indah. Sungguh bahagia.

Oh tidak.. Hubungan indah yang terjalin itu telah DIKHIANATI dan DIDUSTAI. Dikhianati oleh insan yang telah berjanji untuk hidup bersama walau apa jua rintangan yang datang. Kenapa ia mesti terjadi.? Dan yang menghairankan, tiada punca atau sebab untuk hubungan itu dikhianati. Bila tanya semuanya okey dan tiada masalah. Tak nampak pun mana salah silapnya. Dah pernah nasihat jika tak suka jujur kata tak suka. Jangan simpan-simpan. Simple kan. Tak susah untuk berlaku jujur. Sudahlah ditinggalkan terkontang-kanting tanpa ada sebarang alasan pulak tu. Kemudian menjaja cerita bukan-bukan. Sehingga wujud kawan makan kawan, gunting dalam lipatan. Dan sehingga boleh memutuskan pertalian sahabat. Dan kerana itu juga kita kesedihan dan putus asa. 

Semua kerana sikap pentingkan diri yang ada dalam diri manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia miliki. Hanya kerana dia semua perkara bergolak. Sehingga permusuhan berlaku dikalangan manusia yang tak bersalah. Mana perginya sifat baik manusia itu. 

Tak salah rasanya jika kita sukar untuk memaafkan insan yang pernah kita sayangi dan cintai itu. Jika perkara itu berlaku memang patut kemaafan tidak diberikan. Kerana dia seorang, hidup kita musnah sekelip mata. Sehingga boleh memecah belah dan menyakiti hati sesama manusia. Walhal dia sedang bergelak gembira dengan kehidupan barunya. Sangat kejam. Gembira atas kesedihan orang lain nescaya kegembiraan itu tidak akan berkekalan....








No comments: