Tadi aku tengok ulangan secara online drama Hani yang disiarkan setiap hari isnin kat tv3. kemarin tak puas tengok coz ada gangguan. so tadi aku dapat la tengok sepenuh nya tanpa ada gangguan. memang aku tumpu betul-betul la tadi. menusuk hati sanubari la dengan jalan cerita dia pastu dengan lagu tema cinta mati nya pastu ada lagu opick pulak tu. emm shahdu habislah.
Bila tengok drama tu aku tau hidup ini memang dipenuhi dengan dugaan dan cabaran. kita sebagai hambanya kena sentiasa redha dan terima segala hakikat dengan apa yang terjadi pada diri kita. drama tu ada jugak la memberi keinsafan dalam diri aku. walau apa pun yang terjadi pasti ada hikmahnya dan kita perlu berpegang pada ajaranNya. jangan sesekali kita marah dan salahkan takdir yang telah tertulis. itu semua ketentuan dari Nya.kita kena sentiasa berdoa dan meminta pada Nya kerana dia maha mengetahui dan maha besar.
Kita perlu sedar tak semua yang kita sayang akan jadi milik kita sepenuhnya. dan tak semua yang kita ada akan kekal jadi milik kita selamanya. sekarang dengan apa yang kita ada, kita kena terima dan jaganya dengan baik. itu semua dah ditentukan oleh Nya untuk kita. dah tertulis untuk kita. paling penting kita kena banyak berdoa agar apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita......
No comments:
Post a Comment