suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Kerana Cinta Badan Binasa


Lagi lagi nak ganggu hidup saya. Tak habis-habis lagi ke.? Tak cukup ke dengan apa yang awak dah buat selama ini. Takde rasa bersalah ke.? Kenapa baru sekarang awak muncul.? Kenapa baru sekarang baru nak ingat, kenapa baru sekarang nak datang minta maaf.?

Kenapa tak dulu, tak setahun yang lepas. Kan senang saya nak maafkan. Tapi secara jujur nya memang sekarang saya tak boleh nak maafkan awak. Tak tau kenapa dan bagaimana saya nak maafkan awak. Awak tipu saya setahun pulak tu. Boleh pulak bercinta dengan dua orang serentak. Pandai cover line. Pandai awak sorok sampai saya sendiri tak syak. Memang awak pandai berlakon la. Kalah awal ashaari tu.

Sekarang awak datang kembali dalam hidup saya. Datang ketika saya sedang cuba lupakan awak sepenuh nya. Kenapa baru sekarang.? Baru sekarang ni awak call saya dan awak text saya. Awak cakap awak rindu saya la, masih sayangkan sayalah dan awak cintakan saya selamanya la.

Eeeee apa ni. Apa yang awak merepek bagai ni. Mana girl awak tu. Pergilah sayang dia, cinta dia dan kasihkan dia. Kenapa kat saya pulak.? Awak dah takde pape dengan dia ke.? Baru nak cari saya. Ingat saya apa.? Time suka datang, tak suka awak blah camtu je. Tapi kan saya tak sangka yang awak boleh cari saya balik. Awak rasa menyesal dan bersalah ke.? Kalau betul rasa camtu bagus lah. Dah memang patut awak rasa macam tu. Memang awak salah. Salah sama sekali. 

Saya cuma nak hidup senang dan bahagia je sekarang. Hidup tanpa awak dan bayang-bayang awak. Awak pun tahu memang susah saya nak lupakan awak. Kita dah tempuh macam-macam dulu. Banyak perkara kita kongsi bersama. Tapi saya masih tak faham kenapa awak boleh tipu saya hidup2. Kan senang kalau awak berterus terang. Saya tak kisah kalau awak berterus terang pada saya. Saya sedia dan boleh terima segala kemungkinan. Tapi ni awak tipu saya. Saya cukup pantang orang menipu ni. Tambah2 bab hati dan perasaan. Saya jadi menyampah dengan sikap awak. Dah la sampai sekarang tak mengaku.

Saya dah tak berminat nak berbaik dengan awak. Dah tak nak ada apa2 hubungan dengan awak, walau sekumit pun. Saya memang tak dapat nak maafkan awak sampai bila2. Saya minta maaf kerana tak dapat nak maafkan awak. Saya sangat2 la berharap awak tak muncul dalam hidup saya lagi. Saya ada life saya sendiri. Saya ada orang yang saya sayangi dan cintai. Saya takkan lukakan hati dia kerana awak.

No comments: