Hari ini aku rasa macam takde masalah pun. rasa happy. gelak sakan. ketawa bagai dan senyum memanjang. siap berbaki-baki gelak aku. kalau orang perhatikan aku mesti dorang kata apa ke hal nya minah ni.. sihat ke tak.. he3.. entah aku makan apa tadi entah. semua masalah dan perkara-perkara yang tak patut tu aku boleh lupa hari ni. hilang ingatan sekejap tentang masalah-masalah yang ada dalam kepala aku ni. aku rasa lapang sangat. tak tahu apa sebabnya. adakah mungkin tuhan tu nak bagi aku relax sikit kot. sebelum-sebelum ni banyak sangat cabaran dan dugaan yang aku kena tempuh. dia maha adil kan. dia tahu hamba nya ini lemah.
Mungkin dengan kehadiran bff aku yang membuat aku rasa happy sikit kot. kebetulan dia balik ipoh dan cuti 2 hari (cuti sakit yang tipu sunat) hahahaha.. time ni la pun nak bincang apa-apa secara face to face. sembang berjam-jam pun takpe. tak keluar modal topup pun. cuma mengeluarkan modal air liur je la. hi3.. eidak asyik text and call je. tak sama dengan sembang berdepan-depan ni.
Tengahari tadi aku keluar with my bff (Noor). macam-macam kami share hari ini. yea la bukan selalu dapat jumpa pun. ini tengah dia ada kat ipoh apa lagi, spend time together la hari-hari jawabnya kan. 3hari berturut-turut aku spendtime dengan dia. kalah dear aku. aku pun tak dating dengan dia 3hari berturut-turut. hihihihi.. yea la aku duduk ipoh dan dia pulak kerja kat klang. dia pun jarang balik ipoh. pastu jauh berbatu pulak kami ni. tapi itu bukan penghalang dalam persahabatan yang kami jalinkan ni. kami ni hari-hari contact. kalau tak contact satu hari macam tak lengkap hidup. macam tak berseri hidup kalau tak contact satu sama lain. yang herannya ada je la pun benda yang kami nak share pun. sampai mak aku pernah kata "korang ni hari-hari contact2 pastu massage-massage, tak boring ke.? takkan tak habis-habis cerita nya. ada je la pun cerita kome ni". itulah antara luahan rasa puan sarimah. :)
Dah macam couple pulak kami ni yea. eheheh jangan fikir bukan-bukan pulak yea. kami ni tak ikut ajaran sesat tau. hahaha.. kami still ke arah yang benar. ke jalan yang diredhai. dia la kawan susah senang aku. tapi dia je la yang aku boleh percaya. semua benda kami akan share together. dah takde rahsia antara kami dah. rahsia dia rahsia aku jugak. rahsia aku pun rahsia dia jugak. kami pun dah banyak lalui pahit manis berkawan bersama. aku sangat bersyukur pada tuhan kerana dia temukan aku dengan seorang sahabat yang memahami aku. seorang sahabat yang sanggup susah senang gembira sedih bersama-sama dengan aku. seorang kaan yang boleh memberi semangat dan kekuatan pada aku. terima kasih kerana sudi jadi my friend. aku sayangkan hubungan persahabatan kita ini dan aku harap yang hubungan sahabat kita ini kekal selama-lamanya. amin.. :)
.my best friend forever.
No comments:
Post a Comment