Aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang ni. aku tak tenteram, jiwa aku kacau, kepala aku serabut, aku tak boleh nak fikir apa dah ni. macam-macam bermain dalam minda dan hati aku ni. apa sebenar-benarnya yang terjadi ni. aku sangat memerlukan penerangan yang jelas dan jujur dari dia. tapi aku nak dia yang mulakan bukan dari pertanyaan aku.
Apa salah aku sampai jadi macam ni. apa yang aku perlu buat agar takde pihak yang terluka. apa semua ni. apa kesudahan dalam kehidupan ni. aku tak tahu. tak tahu. aku sayangkan mereka semua. aku sayang kan dia. aku anggap dia like kawan baik dan seorang kakak.
Hari ni hari yang buruk bagi aku. hari yang membuat aku rasa sangat sedih. sangat tersentap. aku memang tak dapat tahan airmata aku dari terus mengalir. aku ingat aku tabah. tabah untuk tidak mengalirkan airmata tapi aku silap. silap sama sekali. airmata aku tetap jugak mengalir tanpa ada paksaan.
Aku tak tahu kenapa aku menangis. adakah kerana aku rasa simpati terhadap dia.? adakah kerana dia telah berterus terang tentang hati dan perasaan dia.?
atau aku tak mampu nak terima apa yang dia katakan.
Aku tak boleh lupa apa yang dia ceritakan pada aku malam tadi. hanya tuhan je yang tahu perasaan aku. aku cuba sedaya upaya aku untuk mendengar luahan hati dan perasaan dia. luahan perasaan kasih, sayang dan cinta dia. luahan hati dia terhadap DEAR aku.!! aku hanya mampu mendengar. mendengar luahan hati dia terhadap orang yang aku sayangi dan cintai sekarang ni.
Ni antara perbualan aku dengan dia. sedih nya..
N: A, jujur dengan nadia. apa sebenar-benarnya perasaan A pada abang.
please tell me the truth. tolong.....
A: Nadia. secara jujurnya memang A sayang dan cintakan abang. A sangat-
sangat mencintai dia.
N: Ya allah. betul ke ni A? A kan dah kahwin takkan ada perasaan camtu kat
abang kot. husband A camne pulak.?
A: Betul memang A sangat menyayangi mencintai E Nadia. husband A sayang
tapi takde cinta. cinta A pada abang nadia je. A pun tak tahu macam mana
dalam banyak-banyak lelaki, dengan dia yang A jatuh hati.
N: Macam mana A boleh sayang pada abang.?
A: Cara dia pada A membuatkan A sayangkan dia. dia take care nadia. dia
pandai ambik hati, baik pada A dan macam-macam lagilah nadia. tak sama
macam husband A tu. lain sangat cara layanannya.
N: Kan abang dah ada girl.?
A: A tahu dia takde girl. dia main-main je cakap ada girl. apa yang dia tulis kat
facebook tu semua tipu. dan kalau nadia nak tahu apa yang A tulis kat
status A semua ditujukan untuk abang.
N: Betul ke ni A.? sejak bila.?
A: Sejak kita makan steamboat aritu. lepas steamboat tu A ada jugak kuar
dengan dia. jumpa dengan dia.
N: Keluar.? berdua ke.? kerap ke korang kuar berdua.?
A: Ada la dalam dua tiga kali juga kitaorang kuar bersama.
N: Abang ada ckap apa-apa tak tentang hati dan perasaan dia pada A.?
A: Ada jugak dia cakap. abang cakap dia suka dan sayangkan A. dia selalu
jugak cakap macam tu kat A. dia rindu kat A la.
Itu je yang mampu aku kongsi. banyak yang dia luahkan pada aku tadi tapi aku tak sanggup nak bercerita kat sini. lagipun terlalu banyak yang dia luahkan pada aku. sedih hati aku bila aku teringat kata-kata dia. aku rasa macam aku nak je berterus terang pada dia tadi yang abang aku tu adalah MY DEAR aku. tapi bila kau fikir baik-baik tadi. terus tak jadi. aku tak sampai hati. aku takut dia terluka. mesti dia sedih kan kalau dia tahu hal sebenar. aku takut dia kecewa sebab harapan dia pada MY DEAR sangat tinggi. dia betul-betul sayang dan cintakan MY DEAR aku. aku tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang ni. sekarang aku hanya mampu berdoa. hanya berserah. hanya masa dan keadaan yang menentukan segala-galanya nanti. aku cuba untuk tabah.............
No comments:
Post a Comment