Hari ini my dear mom mengalami sakit kepala yang teruk. Kesian aku tengok dia. Ajak pergi klinik dia tak nak pulak. Katanya tak payah la, sikit je sakitnya. Jenuh pujuk tapi dia still tak mahu ke klinik. Takpe lah aku suruh dia rest je. All kerja rumah aku dengan my sis akan buat sama2.
So tengahari aku la yang kena masak nampak gayanya. He3. Takpe itu semua bisa di atur (berlagak pulak aku).. Hehehehehe..
Aku pun apa lagi mula kan lah operasi mengeledah peti ais dan peti2 yang ada dalam rumah aku ni. Tengok2 apa yang patut untuk dimasak. Tengah dok memikirkan apa yang aku nak masak, tiba2 mak aku bersuara..;
"Nadia nanti kamu masak la
ayam dan ikan tu yea.
Suka la nak masak apa pun.
Tapi labu tu nanti masak jugak yea.
Masak gulai lemak".
Begitulah ayat mak aku pada aku...
Whattt.!!! Labu masak lemak. Oh god. Not my favourite dish. Macam mana aku nak buat ni. Tak pernah aku masak gulai lemak ni. Takkan kot mak.
Aarrrgghhhhhh........
Tapi disebabkan mak aku nak makan aku akan cuba masak jugak. Gulai lemak oh gulai lemak. Nasib bek jugak la gulai lemak jenis sayur ni tak susah macam gulai lemak ikan. Kalau tak naya lah. Tapi aku memang tak pernah masak gulai ni. Macam mana ni yea. Hu3.. Redah je la... Cayok cayok..
Setelah sejam aku bertungkus lumus, akhirnya berhasil jugak. Tapi rasa belum tahu lagi. Settle sudah gulai lemak labu, ayam goreng berempah, ikan goreng, sambal belacan dan ulam. Nampak macam sedap. :) Nyum nyum...
Time to eat.
Ayah aku pulak balik lunch kat rumah hari ni. Macam tau2 je. Tak sabar nak tunggu pendapat dorang ni.
Alamak tertawar la pulak gulai lemak ni. Tapi mak aku cakap ok la ni. Tawar takpe jangan masin. Satu support yang bagus. Ayah aku pulak tambah nasi. Mak aku relax je makan. Kira okey lah tu kan..
Almaklumlah ini lah pertama kali aku masak gulai lemak. Kalau sambal tumis ke, gulai kicap ke, sup ke pandai la aku buatkan. Ini gulai lemak. Lemah aku mendengarnya. Tapi apa apa pun everything okey. Dan aku dapat belajar buat gulai lemak. Good job nadia, good job.. :) *Sengeh smapai malam*
No comments:
Post a Comment