Sedap2 aku duk melangut tengok berita sambil membaca paper ni tup2 terkeluar la pulak berita mengenai company carigali, exxonmobil. eeeee, hilang minat aku nak tengok berita la ni. kalau nak siarkan pun siar la masa aku tak tengok berita ke apa ke. ni dan2 aku bersemangat waja untuk tengok berita la nak kuarkan citer pasal company tu. cewahh macam aku ini empunya stesen tv tu pulak untuk tentukan berita2 yang perlu disiarkan dan bila boleh disiarkan..
Eh, yang aku tiba2 sentap sangat ni kenapa pulak yea.? apa masalahnya if berita tentang company tu keluar berita.? tak de salah apa pun company tu ngan aku kot. agaknya sebab si MAMAT(ex aku) tu kot aku sentap. hahaha. ko memang tak sihat la nadia oii..
Entahla, aku sejak dua tiga menjak ni bila ada je benda yang berkaitan dengan si mamat tu (ex boy aku), mula lah aku ingat dia. ingat semua yang berkaitan dengan dia. dalam ingat2 tu hati ni marah menbara, bengang, sakit hati dan semuanya adalah lah. nak explain pun tak tahu macam mana. aku memang tak puas hati dengan dia ni. tak tahu la kenapa. mungkin sebab kemunculan terbaru dia kot. macam keluar album baru la pulak.
Sibuk je muncul dalam hidup aku. aku tak minta dia hadir tapi nak jugak hadir. menyibuk tul la dia tu. ingat aku ada hati dengan dia lagi ke. sorry yea beb. dah takde taman awak tu dalam hati ni. dalam hati aku ni dah tukar taman lain pulak. taman bunga2 cinta. macam lagu misha omar tu.. hi3....
Dah la datang tak diundang pastu tak paham2 bahasa. dah orang tak layan, makna nya tak nak la tu. aje tak paham bahasa betul la. tak tahu bahasa apa dah yang aku nak gunakan. pastu dah la datang tak kena time. tengah2 aku dok dilamun cinta yang sepoi2 bahasa ni la jugak nak datangnya. aku tengah dibuai2 ni tau.. :)
Nasib baik la aku ada dear aku yang sorang ni. hilang sikit perasaan sakit aku terhadap MAMAT tu. aku bahagia dengan dear aku sekarang ni. sangat bahagia. aku happy kerana sikap nya dan perangai nya yang rosak tu. kadang2 aku tengok macam tak sihat pun ada jugak. hahahaha.... sorry yea dear.. tapi kan memang pun abang macam tu, tak sihat. macam kurang vitamin. oh lupa kurang yakult sebenarnya. ;)
Tak kisah la semua tu yang penting aku bahagia...........
Aku ada family aku, dear aku(my abang), bff aku(noor),dan kawan2 yang lain. mereka yang sudi berkawan dan menyayangi aku seadanya. aku rela takde MAMAT tu dari aku hilang mereka2 semua ni. mereka begitu berharga dalam hidup aku sekarang ni.
Tutup buku lama dan buka buku yang baru........... love u all.....
No comments:
Post a Comment