Dari malam tadi aku tak boleh lelapkan mata aku. aku penat, aku mengantuk tapi mata aku susah untuk dilelapkan. mungkin kerana hal yang dah terjadi. aku cuba sedaya upaya aku untuk lupakan apa yang dah aku dengar dari luahan hati seorang insan. tapi aku tak berdaya untuk melupakan nya dalam sekelip mata. hati aku sentiasa berbicara tentang hal itu. minda aku berputar-putar memikirkan apa kah ada jalan penyelesaian untuk masalah yang terjadi ini.
Aku tak sampai hati bila aku fikirkan dia. aku kesian dan tersepit antara dua orang yang aku sangat sayangi. aku tahu situasi dia. kenapa hati aku sangat lembut untuk mengasihani orang lain. sedangkan hati aku sangat terluka. sangat pedih.
Salahkah aku dalam hal ni.? salahkah aku menyayangi dan menyintai dia.?
kalau aku tahu dari dulu yang dia mempunyai perasaan yang sangat mendalam terhadap dear aku, aku rasa mungkin aku tak terima dear aku. aku tak nak nilai persahabatan yang ada tergadai sekelip mata hanya kerana perasaan itu. mungkin aku akan mengalah. mengalah untuk melihat kebahagian orang yang aku sayang. kerana masa tu perasaan aku terhadap dear kosong. tiada langsung perasaan sayang dan cinta terhadap dear aku tu. tapi sekarang semuanya dah berubah. hati aku hanya ada dear aku seorang sahaja. takkan aku nak mengalah. takkan kot. :(
Sekarang sejujurnya aku memang sangat menyayangi dan menyintai dia. aku cuba dan akhirnya perasaan cinta dan sayang itu hadir tanpa paksaan. mungkin dulu aku takde perasaan itu pada dia tapi sekarang semuanya dah berubah. berubah sama sekali. hati aku tak boleh menipu tentang perasaan aku pada dia. aku betul-betul menyayangi dan menyintai dia sepenuh hati aku.
Sekarang hati aku sangat berbelah bagi. antara kasih, sayang, cinta, kasihan dan simpati. tersepit antara kawan dan kekasih hati aku. aku memang tak sanggup melihat derita orang lain atas kebahagian aku. aku tak sanggup. tapi aku jugak tak sanggup kehilangan dia. kehilangan orang yang aku cintai. kerana sekarang dia sudah bertaut dalam hati aku. aku jujur dan ikhlas terhadap dia.
No comments:
Post a Comment