suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Setahun Sudah Rupanya


Awal tahun ini cukup setahun a dengan dia tak berhubung antara satu sama lain.. Aku pun tak tahu kenapa aku biarkan benda itu terjadi. Aku terpikir kenapa masa aku tahu aku di curangi, aku tak cari dia, tak bersemuka dengan dia dan tak marah2 kat dia. Adakah kerana aku sememangnya tak suka bergaduh atau aku ni memang serahkan semuanya pada takdir.? Ahh biarlah. Yang aku tau aku ni bukan nya seorang yang suka suki nak marah marah. Dah orang tak suka kat kita kenapa kita nak terhegeh2 cari dia minta penjelasan. Semua tu tak perlu. Biarkan benda tu berlalu sendiri. Biarkan masa dan keadaan yang mengubahnya. Ini kerana setiap perbuatan pasti ada pembalasan. Dan setiap perkara ada hikmah nya yang tersendiri.. 


Aku mengambil sikap mendiamkan diri selama ini. Aku teruskan hidup aku tanpa dia. Tanpa sebarang penjelasan dari dia. Aku biarkan dia lakukan apa yang dia mahu dalam hidup dia. Mungkin aku bukan insan yang sesuai dengannya. 


Tak sesuai..? 


Arghhh memang menyakitkan hati. Takkan bercinta sampai 5 tahun baru nak kata tak sesuai dengan diri. Kenapa tak rasa masa baru bercinta setahun jagung tu.. Kenapa nak tempuh suka duka selama 5 tahun kalau tak serasi.? Dah memang dasar tak sedar diuntung. Tak tahu macam mana lagi nak bagi orang puas hati dengan diri kita. Buat baik pun salah buat jahat lagilah salah.

Tapi tahun ni cukup setahun aku tanpa dia. Tanpa sebarang berita. Setahun bagaikan bertahun2 lamanya. Ikut hati aku memang dah tak nak ingat dia lagi tapi entah kenapa dia boleh pulak muncul dalam hidup aku balik. Aku dah tak ganggu hidup dia tapi kenapa dia nak ganggu hidup aku lagi. Tak boleh ke biarkan aku hidup bahagia. Biar lah aku dengan hidup aku tak perlulah ganggu aku lagi. Pergilah cari yang lebih baik dari aku..


Aku serba kekurangan kan. Tak dapat nak beri kebahagiaan. So carilah yang sempurna untuk membahagiakan hidup yang sementara ni.

Dan aku sedar tak semua yang kita sayangi, kasihi dan cintai akan menjadi hak milik kita buat selama2nya. Semua itu hanya satu pinjaman daripada yang Maha Esa. Kita tak boleh salah kan takdir. Kita salahkan diri kita kerana kita yang menjalankan hidup kita. Kita juga yang memilih jalan walaupun kita sudah diberi landasan.
Apa2 yang kita buat dan kita lakukan adalah dari diri kita sendiri bukan orang lain. Sekarang aku teruskan hidup aku dengan cara aku yang baru. Aku cuba bina cinta baru dengan harapan yang baru. Semoga aku mampu berikan yang terbaik untuk diri aku sendiri dan juga untuk orang yang sayangkan aku..



No comments: