suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

10 Tanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Hati Seorang Insan


Hari ini hari cenggeng aku.(cenggeng=menangis).. he3... aku baru sedar yang aku memang tak sekuat yang disangka. aku ingat aku boleh tenang menerima apa saja tanpa ada linangan airmata tapi rupanya tidak. aku tak setenang yang disangka. dan tak sekuat yang aku rasa.

Hari ini aku dapat lagi berita orang yang aku sayang itu sakit hingga terpaksa ke hospital besar untuk menerima rawatan kecemasan. aku dapat tau pun dari megat muddasir. masa megat bagitau aku benda itu aku tak risau pun coz aku fikir dear aku just suka2 macam sebelum2 ini. tapi bila diyakinkan dan aku terbaca status dear aku tiba2 perasaan risau melanda. seperti mengatakan ianya adalah betul dan benar. so dengan serta merta aku text dia. tapi dia tak reply my text. and then aku cuba cara lain dengan send mesej melalui facebook. ikut hati aku nak je aku terus ke hospital. risau katakan. finally dia reply my mesej. tapi the answer bukan apa yang aku nak dan ianya sangat mengecewakan aku. dia minta aku jangan ganggu dia buat masa ini kerana dia dalam kekeliruan. sebagai seorang yang sayang dan kasihkan dia, aku sedikit sentap. aku memang tak diperlukan langsung rupanya. :(

Aku risaukan keadaan kesihatan dia tapi itu yang dia minta pada aku. terasa hati sanubari aku. bila kenangkan yang dia sakit dan perlukan sokongan aku rasa aku patut ke hospital jugak tengok2kan keadaan dia walaupun aku tahu yang dia taknak aku ganggu dia masa ini tapi aku terpaksa. aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri. baru aku akan puas hati. aku juga perlukan kesahihan yang mengatakan dia benar2 sakit dan sentiasa mendapatkan rawatan di hospital seperti apa yang dia post pada status facebook dia.

So setelah berfikir akhirnya aku ambik keputusan ke hospital jugak. dan aku minta my bff, noor temankan aku. dalam perjalanan hati aku berdebar2 dan tak sedap hati memikirkan dia. bawa kereta pun dah tak betul bila ingat dia. risau aku dibuatnya. sampai je hospital kami pun cari dia area2 emergency room. tak nampak pun bayang dia. dah cari pun tak jumpa so kami ke kaunter kecemasan dan tanya samada emeer ahmad ahmad jaffar ada datang terima rawatan kecemasan atau tak. dorang check. yup memang ada dia datang untuk terima rawatan dan dia ada kat bilik no 20. oh my god its true. terkedu aku mendengarnya. dia memang betul2 sakit dan status dia adalah betul. tapi aku tak tahu apa sebenar2nya sakit dia tu. baca pada status dia sebelum2 ni dia seperti mengalami sakit yang teruk. ya allah apa lah sakit dia itu. 

Masa aku dapat tahu, satu badan aku menggeletar dan sejuk mengenangkan keadaan kesihatan dia. tak tentu hala aku dibuatnya. dan dengan tiba2 aku boleh mengalirkan airmata aku. adoi sedih sangat aku rasa dalam hati aku masa tu. tak terkata aku dibuatnya. aku dah pernah rasa kehilangan orang yang aku sayangi. cukup lah hanya arwah meor muhammad syazani pergi tinggalkan aku selamanya. aku tak sanggup untuk terima benda ni kali kedua. aku takut dan aku tak sanggup.

Noor paksa aku cari dia. tengok keadaan dia dan temankan dia. ikut hati memang aku nak ada disisi dia temankan dia tapi bila aku ingat kata2 dia supaya jangan ganggu dia, niat aku terbantut. dan dalam keadaan yang tak tentu hala dan tak tenteram itu, noor dengan tiba2  nampak dia. conform memang dia kata noor. aku tak buta lagi kata noor. aku taknak percaya untuk sedapkan hati aku. aku hanya lihat dari belakang sekali imbas je. aku hanya membiarkan dia berlalu masuk macam tu je. hanya memandang dari jauh. hanya mendiamkan diri tanpa ada sebarang tindakan. ikutkan hati nak je aku kejar dia, peluk dia. nak bagitau dia aku akan sentiasa ada disisi dia walau apa pun terjadi. dan aku nak temankan dia tapi bila kenangkan kata2 dia, lemah aku dibuatnya. terbantut niat aku itu. aku hanya mampu melihat dan menemaninya dari jauh.

Ketika itu hanya tuhan je yang tahu hati dan perasaan aku macam mana. sedihnya tak terungkap dengan kata2. hanya dengan linangan airmata sahaja yang aku mampu tafsirkan. airmata aku jangan kata, dah macam hujan mencurah2 ke bumi tanpa ada paksaan. kasih aku pada dia tak terkata. sayang aku pada dia tak terluah. risau aku pada dia tak terucap. hanya yang maha esa saja tahu apa yang ada dalam hati aku dan hanya dia saja tahu apa yang aku rasa. aku ingin berada disamping dia dalam susah senang sakit dia. aku nak jaga dia bila dia sakit dan susah. itu yang aku pernah janji pada diri aku ketika aku menerima dia hadir dalam hidup aku. aku ikhlas pada dia. tapi.... akhirnya. perasaan aku sekarang tak terungkap dengan kata2.......

hargailah dia.

Kadang-kadang kita tak hargai cinta. kenapa.?
sebab kita belum merasai kehilangan dia..


kadang-kadang kita rasa kita cinta dia, tapi masih tak percaya. kenapa.?
sebab kita selalu fikir negative tentang dirinya.


kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyintai dia. kenapa.?
sebab kita terlalu ego untuk mengakuinya..


tapi.....


bila tangannya yang selalu kita genggam tiba-tiba berada didalam genggaman orang lain. apa perasaan kita ketika itu.??
jangan terus mengingati masa lalu kerana ia hanyalah sia-sia.
oleh itu hargailah otang yang rela berkorban untuk diri kita. itulah cinta kita yang sebenar-benarnya

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesuka mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Betul ke.??




hmmmm mengantok gile ni....semalam kul 3pg bgn tido sbb terlampau sakit kesihatan diriku...maybe psl aku lari dr appoiment doctor kot...ye la ada ke doctor suruh aku talan ubat setiap hari sampai ke akhir hayat..tak patut kan kan .....akan ku pertimbangkan nasihat doctor 2...baik aku berdoa pd Allah lg bgus dr mkn ubat setiap hari sambil menunggu ajal....hmmm

Pd td aku masuk hospital bahagian kecemasan & trauma di hospital ipoh...sbb sakit sgt kesihatan aku nasib bek member ada tolong bawakan ke sana...sampai-sampai je ramai plak org yg sakit jugak terpaksa menunggu giliran selama 2 jam adoooiii...last2 aku dh tak tahan sakit aku akhiirnye dpt di dahulukan pastu kena injection plak 2 hahahaa.....



Ya allah adakah apa yang dia tulis itu benar.? Apakah semua yang dia post kat status dia tu benar2 terjadi.? Betul ke ni.. Apa yang perlu aku buat ni if apa yang dia post itu betul.? Takut nya aku. Sekarang risau melanda hati dan perasaan aku.


Untuk kepastian aku minta jasa baik azreen untuk tolong aku. Aku minta dia call office fc ng tengok dia ada or tak.? Aku buat2 akal yang aku risau kawan2 sakit. Padahal.. Aku tahu kalau aku call mesti dia tak jawabnya. What.?? Dia jawab call office.? Bukan dia tulis status yang mengatakan yang dia sakit. Kenapa ada kat office pulak. Sepatutnya dia kat rumah rehat if dia betul2 sakit. Tambah2 dua hari status dia mengatakan yang dia sakit sangat2 dan sampai pergi hospital. Bila kita dengar hospital conform2 kita tahu sakit teruk kan. Adooooiiii betul ke tak dia tu sakit..?


Kenapa perlu berbohong.? Apa yang dia dapat dengan berbohong benda yang tak patut itu. Dia tak tahu ke apa perasaan aku bila aku baca status dia. Dia tak tahu ke yang orang semua sayangkan dia. Dan apakah perasaan orang yang sayangkan dia tu baca benda tu. Pasti semua orang risaukan dia. Dan aku adalah salah seorang darinya. Hanya tuhan je tahu apa yang aku rasa. Susah hati nya tak tahu nak kata dah. Berdebar2 jantung aku bila aku tengok post tu. Adoiii sedih nya. Aku tahu sekarang aku dah tak diperlukan lagi tapi sekurang2nya tak perlulah nak kata or tulis yang bukan2. Aku dah text dia tp dia tak reply. Aku nak call tapi aku rasa dia takkan jawab call aku. Semua dah jadi lain sekarang ni. Aku tak tahu apa sebab semua ini jadi. Aku risau sangat kat dia.Terlalu risau. Aku terasa nak je aku ke rumah dia. Nak tengok dengan mata kepala aku sendiri samada dia betul2 sakit atau dia memang sihat. Tapi bila di fikir2 adakah aku diperlukan kalau aku ke rumah dia. Dengan hubungan kami sekarang yang tak tentu hala ini, aku takut aku tak diperlukan. Aku rasa seperti aku dah jauh dari diri dia. Jauh sangat2. Aku tak nak ada perkara buruk jadi pada dia. Aku sayangkan dia. Aku sentiasa doakan yang dia sihat. Dan aku harap dia dijauhi dengan penyakit2 yang memudaratkan dia. Aku akan sentiasa ada jika dia memerlukan aku. Tak kira waktu aku akan ada untuk dia..........



14feb2011


Sekarang aku dah jarang update blog aku ni. tak tahu dah nak kongsi macam mana dengan you all semua. aku ada banyak sangat cerita nak dikongsikan kat sini cuma aku tak tahu patut atau tak aku share kat sini. aku terpaksa berfikir dulu sebelum berkongsi. betul kat blog ni la kita nak luahkan hati perasaan kita. tapi kalau kita salah berkongsi mungkin akan menyakitkan hati orang yang membacanya. aku perlu jaga hati orang lain.

Dua tiga minggu ni aku sangat sunyi dan sangat sedih dengan sikap segelintir orang disekeliling aku. aku sayang dia aku sayang mereka tapi sayangkah mereka pada aku.? kalau mereka sayangkan aku takkan mereka sanggup biarkan aku macam ni. membiarkan aku seorang diri. oh tidak... aku tahu mereka memerlukan masa dan ruang jadi aku berikan mereka apa yang mereka mahukan. tapi pada hakikatnya hati aku sedih. aku tak tahu apa lagi yang perlu aku katakan, apa lagi yang perlu aku lakukan. aku binggung dengan apa yang berlaku. aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang ni. adakah dengan mendiamkan diri begini segala masalah akan selesai.? cara terbaik untuk melarikan diri daripada masalah ialah dengan menyelesaikannya. 

Mungkin kehadiran aku dalam hidup mereka tidak disegani. mungkin aku tak diperlukan. takpe la mungkin ini salah satu dugaan yang tuhan ingin berikan pada aku untuk menguji ketabahan hati seorang insan. yup aku terima semua ini dengan cuba untuk menjadi tabah walaupun aku tahu aku tak sekuat yang dianggap. 

Sekarang aku akan cuba membiarkan apa yang berlaku ini terus berlaku. selagi aku mampu bertahan aku akan bertahan. dan jika sampai satu masa aku terpaksa mengalah, aku akan mengalah. itu mungkin jalan terbaik untuk aku. dan jika itu boleh memberi kebahagiaan pada mereka yang aku sayangi, aku akan lakukan. aku takkan biarkan orang yang aku sayang tak dapat apa yang boleh membahagiakannya. aku akan senang dan gembira bila orang yang aku sayang itu hidup bahagia...




24 Tahun Sudah

Alhamdullillah.... Hari ni ulangtahun kelahiran aku yang ke 24 tahun. Hari ini genap 24 tahun aku hidup.  Aku bersyukur dengan rahmatnya. Aku masih berada di bumi-Nya.. Masih di bumi yang nyata ini.

Di hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 24 tahun ini aku harap aku dapat satu kehidupan yang bahagia bersama-sama dengan orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang menyayangi aku seadanya. Aku juga berdoa agar aku dimurahkan rezeki, aku dapat apa yang aku inginkan dan aku juga harap aku dapat menjadi seorang yang lebih tabah dan sentiasa bersyukur dengan rahmatnya. Semoga hati aku tetap bersamaNya. 


Aku harap tahun ini tahun terbaik aku daripada tahun sebelum ini. Tahun yang mungkin akan membawa satu rahmat dan kebahagian buat hidup aku. Aku  mengharapkan ianya adalah yang terbaik. Yang terbaik untuk aku tempuh.

Terlalu banyak yang aku telah harungi sebelum ini. Terlalu pahit untuk ditelan. Aku rasa dalam dua tahun ini adalah tahun yang kurang menyerlah bagi aku. Tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Tak semua yang ada dalam dunia ini adalah yang terbaik. Tak semua yang kita inginkan akan tercapai. Dan tak semua yang kita sayang akan kekal menjadi kesayangan kita untuk selamanya. Kita kena paham semua itu. Semua nya adalah satu pinjaman semata-mata.

Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur sangat-sangat kerana aku ada Dia yang Maha Esa. Sebagai tempat untuk aku meminta dan memohon. Hanya pada dia aku berserah segala-galanya. Dengan apa yang pernah aku lalui aku terima dengan seadanya. Tak pernah aku salah kan takdir nya. Kerana aku tahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebagai hambanya yang lemah ini aku cuba sebaik mungkin untuk menghadapi segala kemungkinan yang datang.

Aku harap apa yang Tuhan telah berikan pada aku sekarang ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku akan cuba menerima nya dengan hati terbuka. Dan akan aku cuba menjaganya dengan sebaik mungkin.


What happen.?

Apa yang sedang berlaku ni.? aku tak paham dengan situasi kami sekarang ni. dengan tiba2 dia seperti berubah. tak sama dengan sebelum2 ini. takde angin dia jadi macam ni. puas aku fikir. aku ada salah cakap dan salah perlakuan pada dia ke sampai dia kurang hirau kan aku. apa yang dah aku buat sampai dia hukum aku macam ni.??


Tak kan aku nak terhegeh2 cari dia. takkan aku yang nak kena mulakan semua ni dulu. malu la aku kan. sedangkan dia pun tak cari aku. macam aku tak diperlukan je sekarang ni. takkan dia tak fikir situasi aku. adooiii...


Sedih nya hati aku dia buat aku macam ni. sedih sangat2. tak tahu apa yang aku perlu lakukan sekarang ini. ya allah ya tuhanku kau tabahkan lah hati ku untuk menerima segala dugaan yang datang dalam hidup aku ini. aku sanggat memerlukan sedikit kekuatan untuk aku harungi semua yang terjadi ini.


Kalau semua ini masih berlarutan aku paham apa yang dia ingin kan. takpe aku akan redha je dengan apa yang akan jadi kalau itu yang dia inginkan. aku tak mampu nak halang. aku hanya mampu buat apa yang akan aku buat nanti. semua akan aku serahkan pada keadaan. semua aku serahkan pada dia. harap dia tahu apa yang aku rasa. 

HATI

Hati. Benda ini sering kita lambangkan dengan love. Padahal sebenarnya bentuk love sendiri lebih mirip dengan jantung. Karena hati bentuknya tidak beraturan. Itu yang saya tau dari dunia kedoktoran ;-) . Kalau tak percaya lihat saja hati ayam yang sering kita makan. Bentuknya tak beratur dan overlap. Berbeza dengan jantung, lebih mirip love.
Meskipun bentuknya tak berbentuk, hati memiliki peranan penting bagi baik buruknya seseorang itu. Rasulullah Saw bersabda “Dalam dirimu ada suatu benda yang apabila benda itu baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila benda itu buruk, buruklah seluruh jasad. Itulah dia hati
Dalam hati, iman tumbuh dan berkembang. Iman bersamayam di dalamnya. Kadang iman bertambah, kadang pula berkurang. Bergantung pada tempat tumbuhnya, yakni hati. Hati sendiri sangat rentan berubah-ubah. Sesuai dengan namanya –dalam Bahasa Arab qalbun,selalu berubah-ubah (at-taqallub) dengan cepat.
Rasulullah saw. berkata, “Dinamakan hati karena perubahannya. Sesungguhnya hati itu ialah laksana bulu yang menempel di pangkal pohon yang diubah oleh hembusan angin secara terbalik” 

Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihkuku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

By Anuar Zain

Time Together

Agak lama aku tak update blog aku ni. busy betul aku buat masa ni. busy berjalan sana sini. mengukur jalan je kerja aku. pastu dengan interview sana sini. cari kerja sana sini. tapi still KIV. kesian aku. usaha tangga kejayaan kan. takpe mungkin belum rezeki aku. its ok yang penting aku cuba sedaya upaya aku.

Hari ini aku nak share sikit dengan you all apa yang aku buat dua tiga hari lepas. hari di mana aku spend time with my friends and also my dear. aku sanggat happy la hang out with them. yea la dapat bergembira bersama-sama dengan kawan baik aku pastu dengan orang tersayang aku. memang best la kan. bukan selalu boleh spend time together macam ni. dah ada peluang apa lagi... :)

Sabtu, 29hb aku attn majlis pertunangan kawan belajar aku anie & boy at jawi, penang. ikut rancangan asal yang akan pergi aku, noor, kak jieah, megat and iqbal. tapi at last aku pergi bersama noor, megat and also my dear aku. emmm tak sangka jugak yang dear aku tu nak join sekaki. ikutkan sabtu tu dia keja tapi half day. tapi dia boleh balik awal sikit katanya so dia boleh la join. suka aku dengar dia kata nak ikut. hati berbunga riang. gatai aku kan. he3. tapi aku takde lah tunjuk sangat yang aku suka. malu la aku kan. kena jugak cover kecomelan aku kan. hehehehe.. dapat la we all spend time together. :)

So the first place of course ke rumah anie sebab itu tujuan utama. kelakar aku tengok si boy dengan kelam kabutnya pastu berpeluh sakan dia. macam kena simbah air je. dah macam nak akad nikah pulak aku tengok. adoi. baru bertunang belum nikah betul2 lagi. kalau tak mahu nya pengsan kot si boy tu. hahahaha.. apa2 pun tahniah pada boy and anie sebab percintaan dari zaman belajar akhirnya diikat dengan ikatan pertunangan. hope dorang akan kekal ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. amin. memang dorang pasangan yang ideal and sweet.. :)

 Zaini Afzan (Boy) + Siti Rohani (Anie)





 Me And My Dear (Emeer Ahmad)


Selesai sudah di majlis pertunangan anie and boy. the next projek ke penang and kulim la kita. sebelum tu kita kena change our baju dulu la kan. so from jawi kami ke rumah my dear aku nya auntie at butterworth. singgah untuk mandi and change baju. memang sempoi gak la auntie my dear aku tu. ramah sesangat. aku rasa kalo lagi lama kami lepak kat rumah auntie dia mau nya semua rahsia terpendam my dear aku boleh terbongkar kot. he3..

So kami pun terus ke penang dulu. dah ke sana apa lagi contact si husnul farhat la. dah sekian lama tak jumpa dia. tambah2 megat mesti rindu sesangat dengan kawan baik dia tu. jumpa jugak kami dengan si husnul farhat tu. masih sama macam dulu. still dengan perangai yang tak berapa sihat dia tu. tak berubah. dia la jadi pemandu pelancong sementara waktu kami. walaupun sekejap its okey la kan. dapat jugak la kami snap beberapa picture.

Habis bersuka ria at penang kami terus ke kulim kedah pulak. nak jumpa our bro, megat muddasir yang sweet tu. hehhehehe.. aku tak pernah jumpa lagi. my dear je dah pernah jumpa. so ini like sesi suai kenal la kononnya. tp at least jumpa jugak aku dengan dia kan. jumpa pun at kedai makan uncle dia. dia tolong uncle dia kat kedai makan char kuetiow sg dua cawangan kulim. perghhh memang sedap char kuetiow dia. teringat2 sampai sekarang kot. hehehehe. Si megat muddasir ni pemalu bebenor. dengan kami yang gempaq ni pun nak malu ke. adoi megat muddasir oiii.. he3. tapi apa2 pun dia tetap comei and sweet. like me maybe. hahahahaha..

Tak kisah la semua tu kan. apa yang penting kami semua happy dengan apa yang kami buat. kami tak menyusahkan orang pun. dan kami bergembira sepanjang perjalanan kami. thanks aku ucapkan pada my bff nooraimah, megat and also my love dear. korang memang happening and memang sempoi la. harap you all pun enjoy dan happy.  So the next project coming soon okey.. ;)









 4 Sahabat 
Dari Kiri Cepat Jalan.. He3..
Megat, Noor, Yat & Me






 Me & My Dear



















Perasaan Yang Sukar Digambarkan


Pernah tak kita semua terfikir akan wujudnya perasaan yang sukar digambarkan dalam diri kita ini. Seperti perasaan marah, sakit hati, geram dan benci yang sangat-sangat terlampau sehingga memakan diri kita sendiri. Dan perasaan itu semua wujud pada seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai sangat-sangat suatu masa dahulu. Patut ke kita ada perasaan sedemikian.? 

Aku tak tahu kenapa aku boleh terfikir sedemikian. Tiba-tiba soalan tu berlegar-legar dalam fikiran aku. Adakah kerana keadaan persekitaran aku. Adakah kerana aku takda kerja nak buat jadi aku fikirkan benda ini.? Ataupun aku terlalu banyak tengok cerita-cerita mengenai hati dan perasaan dua tiga menjak ni.?

Ahhh biarlah. Aku hanya ingin tahu mengapa perasaan sebegitu wujud. Dan aku ingin tahu mengapa wujudnya perasaan itu. Bukan apa hanya untuk merungkai segala persepsi yang ada dalam fikiran aku ini. Itu sahaja.

Jika benar ada antaranya yang pernah berperasaan begitu, kenapa ianya terjadi.? Bukankah dahulunya saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Berjanji hidup bersama-sama. Dah berjanji setia selamanya. Oh yea setia yea. Emm mungkin kerana itu. Kerana janji setia yang diperkatakan. Dahulunya pernah berjanji sumpah setia untuk bersama selama-lamanya. Sanggup harungi suka duka bersama. Ingin hidup bersama walau apa jua rintangan yang datang. Segala-galanya ingin bersama-sama.

Hanya kerana kata-kata manis yang keluar dari mulut manusia, kita boleh terpengaruh dengan janji setia yang disuarakan. Padahal ianya belum tentu jujur dari hati. Belum tentu apa yang diperkatakan itu benar. Mulut berbicara dan hati pun berkata-kata. Hati manusia tak siapa tahu kan.

Kenapa kita terlalu taksub dengan janji semua tu. Kita tak pernah terfikir ke yang itu semua bukan boleh pakai pun. Apa yang dikatakan hanya untuk menjaga hati pasangannya. Lebih tepat lagi hanya untuk mengambil hati.

Aku sedar sekarang kenapa perasaan seperti itu boleh wujud dalam diri manusia. Ia wujud apabila kita telah memberikan yang terbaik dalam sesebuah hubungan dan setelah kita percaya ia adalah hubungan yang akan berkekalan selamanya. Tapi setelah bersama bertahun-tahun, hubungan yang dianggap indah itu hancur sekelip mata. Tanpa ada angin ataupun sebarang sebab. Tiada sebab untuk mengakhiri hubungan yang terjalin itu. Lebih tragis apabila hubungan yang terjalin itu telah diketahui ramai dan hubungan itu telah direstui. Semua pihak bersetuju dan gembira hubungan itu terjalin. Tiada yang menentang. Alangkah gembiranya pasangan itu apabila hubungan yang mereka bina atas dasar suka sama suka itu telah direstui. Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk hubungan itu. Sungguh indah. Sungguh bahagia.

Oh tidak.. Hubungan indah yang terjalin itu telah DIKHIANATI dan DIDUSTAI. Dikhianati oleh insan yang telah berjanji untuk hidup bersama walau apa jua rintangan yang datang. Kenapa ia mesti terjadi.? Dan yang menghairankan, tiada punca atau sebab untuk hubungan itu dikhianati. Bila tanya semuanya okey dan tiada masalah. Tak nampak pun mana salah silapnya. Dah pernah nasihat jika tak suka jujur kata tak suka. Jangan simpan-simpan. Simple kan. Tak susah untuk berlaku jujur. Sudahlah ditinggalkan terkontang-kanting tanpa ada sebarang alasan pulak tu. Kemudian menjaja cerita bukan-bukan. Sehingga wujud kawan makan kawan, gunting dalam lipatan. Dan sehingga boleh memutuskan pertalian sahabat. Dan kerana itu juga kita kesedihan dan putus asa. 

Semua kerana sikap pentingkan diri yang ada dalam diri manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia miliki. Hanya kerana dia semua perkara bergolak. Sehingga permusuhan berlaku dikalangan manusia yang tak bersalah. Mana perginya sifat baik manusia itu. 

Tak salah rasanya jika kita sukar untuk memaafkan insan yang pernah kita sayangi dan cintai itu. Jika perkara itu berlaku memang patut kemaafan tidak diberikan. Kerana dia seorang, hidup kita musnah sekelip mata. Sehingga boleh memecah belah dan menyakiti hati sesama manusia. Walhal dia sedang bergelak gembira dengan kehidupan barunya. Sangat kejam. Gembira atas kesedihan orang lain nescaya kegembiraan itu tidak akan berkekalan....








Hani..

Tadi aku tengok ulangan secara online drama Hani yang disiarkan setiap hari isnin kat tv3. kemarin tak puas tengok coz ada gangguan. so tadi aku dapat la tengok sepenuh nya tanpa ada gangguan. memang aku tumpu betul-betul la tadi. menusuk hati sanubari la dengan jalan cerita dia pastu dengan lagu tema cinta mati nya pastu ada lagu opick pulak tu. emm shahdu habislah.

Bila tengok drama tu aku tau hidup ini memang dipenuhi dengan dugaan dan cabaran. kita sebagai hambanya kena sentiasa redha dan terima segala hakikat dengan apa yang terjadi pada diri kita. drama tu ada jugak la memberi keinsafan dalam diri aku. walau apa pun yang terjadi pasti ada hikmahnya dan kita perlu berpegang pada ajaranNya. jangan sesekali kita marah dan salahkan takdir yang telah tertulis. itu semua ketentuan dari Nya.kita kena sentiasa berdoa dan meminta pada Nya kerana dia maha mengetahui dan maha besar.

Kita perlu sedar tak semua yang kita sayang akan jadi milik kita sepenuhnya. dan tak semua yang kita ada akan kekal jadi milik kita selamanya. sekarang dengan apa yang kita ada, kita kena terima dan jaganya dengan baik. itu semua dah ditentukan oleh Nya untuk kita. dah tertulis untuk kita. paling penting kita kena banyak berdoa agar apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita......

My dear friend


Hari ini aku rasa macam takde masalah pun. rasa happy. gelak sakan.  ketawa bagai dan senyum memanjang. siap berbaki-baki gelak aku. kalau orang perhatikan aku mesti dorang kata apa ke hal nya minah ni.. sihat ke tak.. he3.. entah aku makan apa tadi entah. semua masalah dan perkara-perkara yang tak patut tu aku boleh lupa hari ni. hilang ingatan sekejap tentang masalah-masalah yang ada dalam kepala aku ni. aku rasa lapang sangat. tak tahu apa sebabnya. adakah mungkin tuhan tu nak bagi aku relax sikit kot. sebelum-sebelum ni banyak sangat cabaran dan dugaan yang aku kena tempuh. dia maha adil kan. dia tahu hamba nya ini lemah.

Mungkin dengan kehadiran bff aku yang membuat aku rasa happy sikit kot. kebetulan dia balik ipoh dan cuti 2 hari (cuti sakit yang tipu sunat) hahahaha.. time ni la pun nak bincang apa-apa secara face to face. sembang berjam-jam pun takpe. tak keluar modal topup pun. cuma mengeluarkan modal air liur je la. hi3.. eidak asyik text and call je. tak sama dengan sembang berdepan-depan ni.

Tengahari tadi aku keluar with my bff (Noor). macam-macam kami share hari ini. yea la bukan selalu dapat jumpa pun. ini tengah dia ada kat ipoh apa lagi, spend time together la hari-hari jawabnya kan. 3hari berturut-turut aku spendtime dengan dia. kalah dear aku. aku pun tak dating dengan dia 3hari berturut-turut. hihihihi.. yea la aku duduk ipoh dan dia pulak kerja kat klang. dia pun jarang balik ipoh. pastu jauh berbatu pulak kami ni. tapi itu bukan penghalang dalam persahabatan yang kami jalinkan ni. kami ni hari-hari contact. kalau tak contact satu hari macam tak lengkap hidup. macam tak berseri hidup kalau tak contact satu sama lain. yang herannya ada je la pun benda yang kami nak share pun. sampai mak aku pernah kata "korang ni hari-hari contact2 pastu massage-massage, tak boring ke.? takkan tak habis-habis cerita nya. ada je la pun cerita kome ni". itulah antara luahan rasa puan sarimah. :)

Dah macam couple pulak kami ni yea. eheheh jangan fikir bukan-bukan pulak yea. kami ni tak ikut ajaran sesat tau. hahaha.. kami still ke arah yang benar. ke jalan yang diredhai. dia la kawan susah senang aku. tapi dia je la yang aku boleh percaya. semua benda kami akan share together. dah takde rahsia antara kami dah. rahsia dia rahsia aku jugak. rahsia aku pun rahsia dia jugak. kami pun dah banyak lalui pahit manis berkawan bersama. aku sangat bersyukur pada tuhan kerana dia temukan aku dengan seorang sahabat yang memahami aku. seorang sahabat yang sanggup susah senang gembira sedih bersama-sama dengan aku. seorang kaan yang boleh memberi semangat dan kekuatan pada aku. terima kasih kerana sudi jadi my friend. aku sayangkan hubungan persahabatan kita ini dan aku harap yang hubungan sahabat kita ini kekal selama-lamanya. amin.. :)




.my best friend forever.

23 Jan 2011


Adakah aku patut lakukan sesuatu untuk diri dan hidup aku. tapi aku takut keputusan yang bakal aku ambil ini akan membuat aku rasa bersalah. dan mungkin akan mengecewakan diri aku sendiri. tapi aku keliru antara diri aku dan mereka semua. aku seperti tersepit. tersepit dalam diri aku sendiri. aku cuba buang perasaan yang bukan-bukan ini tapi aku tak mampu. aku masih memikirkan nya. aku masih terbayang-bayang dengan apa yang dah jadi. aku tak tahu adakah aku yang bersalah dalam hal ini.? atau aku adalah mangsa keadaan.

Aku masih tak boleh berfikir dengan betul. masih tercari-cari jawapan. jawapan yang benar-benar boleh mengubah apa yang sedang berlaku. tapi aku mengharapkan ia adalah satu perubahan yang tidak akan menjejaskan hubungan yang terjalin. aku tak nak nilai sahabat, kasih sayang semua terputus macam tu saja. setiap perhubungan yang terjalin adalah satu rahmat dari yang esa. merobohkan suatu hubungan yang ikhlas adalah satu perkara yang salah. kita menjalinkan sesuatu hubungan bukan untuk suka-suka. bukan untuk main-main. 

Kalau dalam hal ini aku terpaksa mengalah, yup aku pasti akan mengalah. mengalah demi kebaikan semua pihak. dan aku rasa ini adalah jalan yang terbaik untuk kami semua dan untuk diri aku, mungkin. aku tak nak kecewakan perasaan mereka dengan kehadiran aku. aku sangat sayang pada mereka semua. sayang sangat. adakah ini jalan terbaik untuk kita semua.? betul ke apa yang bakal aku buat ini.?