Hari ini hari cenggeng aku.(cenggeng=menangis).. he3... aku baru sedar yang aku memang tak sekuat yang disangka. aku ingat aku boleh tenang menerima apa saja tanpa ada linangan airmata tapi rupanya tidak. aku tak setenang yang disangka. dan tak sekuat yang aku rasa.
Hari ini aku dapat lagi berita orang yang aku sayang itu sakit hingga terpaksa ke hospital besar untuk menerima rawatan kecemasan. aku dapat tau pun dari megat muddasir. masa megat bagitau aku benda itu aku tak risau pun coz aku fikir dear aku just suka2 macam sebelum2 ini. tapi bila diyakinkan dan aku terbaca status dear aku tiba2 perasaan risau melanda. seperti mengatakan ianya adalah betul dan benar. so dengan serta merta aku text dia. tapi dia tak reply my text. and then aku cuba cara lain dengan send mesej melalui facebook. ikut hati aku nak je aku terus ke hospital. risau katakan. finally dia reply my mesej. tapi the answer bukan apa yang aku nak dan ianya sangat mengecewakan aku. dia minta aku jangan ganggu dia buat masa ini kerana dia dalam kekeliruan. sebagai seorang yang sayang dan kasihkan dia, aku sedikit sentap. aku memang tak diperlukan langsung rupanya. :(
Aku risaukan keadaan kesihatan dia tapi itu yang dia minta pada aku. terasa hati sanubari aku. bila kenangkan yang dia sakit dan perlukan sokongan aku rasa aku patut ke hospital jugak tengok2kan keadaan dia walaupun aku tahu yang dia taknak aku ganggu dia masa ini tapi aku terpaksa. aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri. baru aku akan puas hati. aku juga perlukan kesahihan yang mengatakan dia benar2 sakit dan sentiasa mendapatkan rawatan di hospital seperti apa yang dia post pada status facebook dia.
So setelah berfikir akhirnya aku ambik keputusan ke hospital jugak. dan aku minta my bff, noor temankan aku. dalam perjalanan hati aku berdebar2 dan tak sedap hati memikirkan dia. bawa kereta pun dah tak betul bila ingat dia. risau aku dibuatnya. sampai je hospital kami pun cari dia area2 emergency room. tak nampak pun bayang dia. dah cari pun tak jumpa so kami ke kaunter kecemasan dan tanya samada emeer ahmad ahmad jaffar ada datang terima rawatan kecemasan atau tak. dorang check. yup memang ada dia datang untuk terima rawatan dan dia ada kat bilik no 20. oh my god its true. terkedu aku mendengarnya. dia memang betul2 sakit dan status dia adalah betul. tapi aku tak tahu apa sebenar2nya sakit dia tu. baca pada status dia sebelum2 ni dia seperti mengalami sakit yang teruk. ya allah apa lah sakit dia itu.
Masa aku dapat tahu, satu badan aku menggeletar dan sejuk mengenangkan keadaan kesihatan dia. tak tentu hala aku dibuatnya. dan dengan tiba2 aku boleh mengalirkan airmata aku. adoi sedih sangat aku rasa dalam hati aku masa tu. tak terkata aku dibuatnya. aku dah pernah rasa kehilangan orang yang aku sayangi. cukup lah hanya arwah meor muhammad syazani pergi tinggalkan aku selamanya. aku tak sanggup untuk terima benda ni kali kedua. aku takut dan aku tak sanggup.
Noor paksa aku cari dia. tengok keadaan dia dan temankan dia. ikut hati memang aku nak ada disisi dia temankan dia tapi bila aku ingat kata2 dia supaya jangan ganggu dia, niat aku terbantut. dan dalam keadaan yang tak tentu hala dan tak tenteram itu, noor dengan tiba2 nampak dia. conform memang dia kata noor. aku tak buta lagi kata noor. aku taknak percaya untuk sedapkan hati aku. aku hanya lihat dari belakang sekali imbas je. aku hanya membiarkan dia berlalu masuk macam tu je. hanya memandang dari jauh. hanya mendiamkan diri tanpa ada sebarang tindakan. ikutkan hati nak je aku kejar dia, peluk dia. nak bagitau dia aku akan sentiasa ada disisi dia walau apa pun terjadi. dan aku nak temankan dia tapi bila kenangkan kata2 dia, lemah aku dibuatnya. terbantut niat aku itu. aku hanya mampu melihat dan menemaninya dari jauh.
Ketika itu hanya tuhan je yang tahu hati dan perasaan aku macam mana. sedihnya tak terungkap dengan kata2. hanya dengan linangan airmata sahaja yang aku mampu tafsirkan. airmata aku jangan kata, dah macam hujan mencurah2 ke bumi tanpa ada paksaan. kasih aku pada dia tak terkata. sayang aku pada dia tak terluah. risau aku pada dia tak terucap. hanya yang maha esa saja tahu apa yang ada dalam hati aku dan hanya dia saja tahu apa yang aku rasa. aku ingin berada disamping dia dalam susah senang sakit dia. aku nak jaga dia bila dia sakit dan susah. itu yang aku pernah janji pada diri aku ketika aku menerima dia hadir dalam hidup aku. aku ikhlas pada dia. tapi.... akhirnya. perasaan aku sekarang tak terungkap dengan kata2.......
No comments:
Post a Comment