suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

24 Tahun Sudah

Alhamdullillah.... Hari ni ulangtahun kelahiran aku yang ke 24 tahun. Hari ini genap 24 tahun aku hidup.  Aku bersyukur dengan rahmatnya. Aku masih berada di bumi-Nya.. Masih di bumi yang nyata ini.

Di hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 24 tahun ini aku harap aku dapat satu kehidupan yang bahagia bersama-sama dengan orang-orang yang aku sayangi dan orang-orang yang menyayangi aku seadanya. Aku juga berdoa agar aku dimurahkan rezeki, aku dapat apa yang aku inginkan dan aku juga harap aku dapat menjadi seorang yang lebih tabah dan sentiasa bersyukur dengan rahmatnya. Semoga hati aku tetap bersamaNya. 


Aku harap tahun ini tahun terbaik aku daripada tahun sebelum ini. Tahun yang mungkin akan membawa satu rahmat dan kebahagian buat hidup aku. Aku  mengharapkan ianya adalah yang terbaik. Yang terbaik untuk aku tempuh.

Terlalu banyak yang aku telah harungi sebelum ini. Terlalu pahit untuk ditelan. Aku rasa dalam dua tahun ini adalah tahun yang kurang menyerlah bagi aku. Tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Tak semua yang ada dalam dunia ini adalah yang terbaik. Tak semua yang kita inginkan akan tercapai. Dan tak semua yang kita sayang akan kekal menjadi kesayangan kita untuk selamanya. Kita kena paham semua itu. Semua nya adalah satu pinjaman semata-mata.

Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur sangat-sangat kerana aku ada Dia yang Maha Esa. Sebagai tempat untuk aku meminta dan memohon. Hanya pada dia aku berserah segala-galanya. Dengan apa yang pernah aku lalui aku terima dengan seadanya. Tak pernah aku salah kan takdir nya. Kerana aku tahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebagai hambanya yang lemah ini aku cuba sebaik mungkin untuk menghadapi segala kemungkinan yang datang.

Aku harap apa yang Tuhan telah berikan pada aku sekarang ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku akan cuba menerima nya dengan hati terbuka. Dan akan aku cuba menjaganya dengan sebaik mungkin.


No comments: