suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

2 August 2011


Tengahari tadi aku dapat text from my BFF. Dia tanya aku today hari apa.? Terkejut jugak aku dengan text dia tu. Yeala tak pernah-pernah text aku tanya pasal hari ni hari apa. Selalunya ada je gosip terbaru yang nak disharekan. He3.. Tapi as a BFF aku dapat tangkap apa yang dia maksudkan, cuma aku buat-buat tak paham. Dan tekaan aku sememangnya betul. Dia ingatkan aku tentang birthday Insan Itu. Yea seorang insan yang pernah hadir dalam hidup aku satu masa dulu. Insan yang begitu dekat dengan hati aku. 

BFF aku mungkin sangka aku lupa akan tarikh kelahiran Insan Itu. Ahh tak mungkin aku dapat lupakan Ulangtahun Kelahiran Insan Itu sedangkan sebelum ini aku pernah raikannya bersama-sama. Cuma sekarang keadaan dah berubah tak sama macam dulu. Segalanya berubah tanpa diminta.

Insan Itu jugak telah membahagiakan aku satu masa dulu. Insan Itu juga telah membuka ruang hati aku untuk menyayanginya. Tapi sekarang semuanya tak seperti dulu. Hilang segala-galanya yang pernah dijanjikan. Yea betul memang aku kecewa. Kecewa sama sekali dengan apa yang telah terjadi. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Pahit untuk menerima segala yang dia telah lakukan. Sekecewa mana pun aku, sedih macam mana pun aku, aku tetap tak lupakan apa yang telah dia berikan aku dulu. 5 tahun bersama. 5 tahun berkongsi suka duka bersama, susah senang bersama. Yea aku tak pernah lupa semua itu. Insan Itu telah membahagiakan aku satu ketika dulu. Sekurang-kurangnya dia pernah berikan aku kebahagian bila bersama selama 5 tahun.!!!!

Mungkin kadang-kadang aku ego dengan diri aku sendiri. Ego untuk mengaku yang aku masih teringatkan Insan Itu. Masih membayangi dia. Itulah dia suratan manusia, susah untuk mengaku akan rasa hatinya. Hati rasa lain, fikiran berputar-putar dan akhirnya apa yang diluahkan hanya untuk menyedapkan sekeping hati. Apa yang diluahkan tak sama dengan apa yang difikirkan dan jauh sekali dengan apa yang dirasa dalam hati. Hanya yang Esa sahaja tahu.

Aku sedar dengan apa yang telah terjadi dan aku masih waras untuk mengerti segalanya. Betul ianya sudah tertulis sejak azali lagi. Segalanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Siapa aku nak menidakkan kerja Tuhan.!!! Mungkin kadang-kadang aku terasa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Aku mula salahkan takdir, mula salahkan segalanya diatas apa yang telah berlaku. Aku hilang rasa siuman dalam diri. Walhal aku sedar aku hanya insan kerdil di muka bumi ini. Berdosakah aku.???



No comments: