suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Car Key Dalam Car!!!


You all nak tahu tak pagi tadi nya hal. Car key i tertinggal dalam kereta yang terkunci sendiri. Dan ianya tertinggal bersama-sama my handbag and my phone also. Hu3. Sangat-sangat gempak kerana buat pertama kalinya kunci tertinggal dalam kereta yang berkunci. Ohhh my god. Mati akal seketika ketika itu.


Car Key yang tertinggal itu =)


Time tu i nak isi minyak kereta kat area rumah i je. Dah bayar pastu masa nak isi minyak tu i boleh gi simpan my purse with car key kat dalam kereta. Dalam seminit kemudian tiba-tiba ianya terkunci. Arghhhhh. Menjerit dalam hati. Puas i tarik pintu kereta kot-kot ada yang boleh terbuka tapi malangnya tidak. (Dah conform-conform terkunci memang la pintu tak boleh bukak kan)


Dengan keadaan kelam tu i pinjam awek kaunter pam station tu punya phone. Nak call my father suh antarkan kunci spare yang ado kat rumah. Nasib baik la rumah tak jauh sangat rumah dengan petrol station tu. Dan nasib baik jugak my father tak pergi kerja lagi. Semuanya nasib baik kan.

Tapi ada yang tak baiknya. I terlewat sampai tempat kerja. Lambat setengah jam. Kebetulan bos tak masuk lagi so selamat i.Dan benasib baik jugak. Hi3. Ni semua kerana dok berangan masa dengar lagu raya kat petrol station tu la. Semangat nak raya berkobar-kobar katakan. Almaklumlah raya setahun sekali dan this time jugak nak berkumpul sanak saudara kaum kerabat rakan taulan kan. Dan masa ni jugak nak bergosip-gosip bagai. He3.

No comments: