suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

AKU & DIA


DIA  : Assalammualaikum! Apa khabar mu sekarang?

AKU : Waalaikummusalam! Alhamdulillah.. Aku sihat sejahtera. Allah telah memeliharaku dengan penuh rahmat dan kasih sayang-Nya.

DIA  : Masih ingat lagi padaku.?

AKU : Ya.. Kau lah seorang insan yang pernah melukai hatiku pada suatu musim yang lalu.

DIA  : Maafkanlah jika hatimu terguris luka dahulu. Setelah berpisah denganmu, aku sukar untuk menemui seseorang seorang insan sepertimu. Kaulah kekasih, teman dan sahabat yang terlalu setia padaku. Tapi pada masa itu, aku tersilap. Aku tidak pandai menghargai kehadiran dan kesetiaanmu.


AKU : Habis tu… Untuk apa lagi kau mencari aku?

DIA  : Aku ingin kembali bersamamu dan mengulangi saat-saat manis kita dahulu bersama-sama.

AKU : Kenapa tiba-tiba saja hari ini kau mahu kembali bersamaku?

DIA  : Kerana aku baru tersedar. Setelah aku meninggalkanmu dulu, insan-insan lain yang aku temui tidak ikhlas mencintaiku sepertimana kau mencintaiku………


No comments: