suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Shah Rukh Khan Layan Lagu Dari Sinar Mata

Salam. Hai you all semua.


Pagi-pagi sabtu macam ni kalau dapat tidur sampai tengahari memang best kan. Almaklumlah isnin sampai jumaat kita bangun awal untuk kerja, so cuti macam ni rasa nak bangun tengahari pulak. Tapi kata orang tua-tua, perempuan tak elok bangun pagi lambat. Apatah lagi kalau bangun tengahari.

Tapi hari ni i bangun awal sebab nak kemas rumah and then nak prepare kan diri untuk ke majlis perkahwinan kawan i. Before nak keluar kenalah tolong my mom buat kerja rumah sikit dulu kan. Dan tak sangka jugak yang i boleh dok update blog pepagi ni kan. He3.

Bukan apa tadi dok kemas rumah terdengar lagu Dari Sinar Mata by BPR kat TV. Mula-mula tak kisah pun sebab biasalah iklan sekarang memang banyak pakai lagu-lagu kan. Tapi bila my mom cakap;

“itulah iklan Hindustan 
yang Shah Rukh Khan 
and the geng nyanyi 
lagu melayu”


Tersipu akak tau. He3. Bukan apa rasa macam kelakar pulak sebab dorang mainkan lagu BPR tu sebijik macam Shah Rukh Khan yang nyanyikan padahal.. Memang kreatif jugak la buat macam tu. Bukan senang kan. Kelakar pun ada tengok iklan tu. 

Tadi tak sempat tengok iklan tu betul-betul, so after kemas rumah apalagi on laptop bukak youtube la you all. Cari dok cari, godek punya godek jumpa jugak. So dah layan sama SRK, tangan pun rajin la nak mengupdate kan. He3..

Kalau yang belum tengok lagi tu, ni i selitkan kasi you all layan okey. =)





No comments: