suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Almari Pakaian Bersyarah

Time shopping je mesti kita beli pakaian kan. Sampai almari pakaian kita nak roboh dibuatnya sebab dah bnyak sangat pakaian dalam almari. Bukan setakat pakaian je dalam almari tu tapi segala benda ada. Dan ada juga sesetengah pakaian yang di beli tu kita tak pakai lagi ataupun kita terlupa yang kita ada beli itu barang. He3..

Tapi kenapa setiap kali bila kita nak keluar somewhere, kita pening nak fikir nak pakai baju apa. Kadang-kadang terasa macam dah takde pakaian nak pakai untuk keluar. Padahal almari tu dah senget penuh dengan pakaian. Kalau almari tu boleh berkata-kata, perghh jenuh la kita dengar almari tu bagi syarahan membina kan.

So kepada you all semua, oh tak bukan you all je tapi SAYA juga.. Janganlah kita boros dengan membeli barang-barang yang tak diperlukan sangat. Fikir sebelum membeli okey.

*Sedang cuba berubah* =)


No comments: