suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Semangat Durian


Tengok tajuk entry dah tau mesti nak berceloteh pasai durian kan. Mestilah you all. Takkan tajuk entry durian tapi celoteh pasai ciku, memang lain macam tu. Hehehehe..

Kalau you all nak tahu hujung minggu baru-baru ni i berpicnic kat dusun durian tau. Dusun kepunyaan family my BFF. Before ni aku dah pernah pergi dusun dorang tapi tak semeriah kali ni. Kali ni kami gi beramai-ramai dan kebetulan kat dusun ada kaum kerabat tuan punya dusun-dusun buat makan-makan. Macam sesi suai kenai la jugak. Untuk kenal dengan tuan-tuan punya dusun. Ramai kaum kerabat turun dusun hari tu. Meriahnya dah macam ada konsert dalam hutan pulak.

Tapi kan kalau takde makan-makan anjuran tu pun kami-kami yang ado ni pun dah memang cukup meriah dah pun. Almaklumlah semuanya insan-insan yang tak reti nak senyap walau seminit. Tak reti nak dok diam-diam. Kecoh memanjang padahal dalam hutan tu. Dalam hutan pun siap boleh bergaduh lagi. Macam mana tu. Hihihihi. Tapi gaduh-gaduh manja je you all. Takde lebih-lebih pun =)

Memang puas sesangat la kami semua dapat makan durian. Buah-buahnya pun semua sedap-sedap and elok-elok. Kami semua melantak sampai nak demam dibuatnya. Siap naik angin satu badan. Itulah akibatnya makan durian melampaui batas. Ate dah semuanya giler durian. 

Bukan setakat makan kat dusun tapi siap penuh bonet bawa balik. Dua bonet kereta penuh dengan durian. Overload seoverload la kereta dibuatnya. Dalam kereta siap ada air freshener cap durian lagi. Semerbak bau durian dalam kereta. Sampai naik poning kami dibueknyo. Apa-apa pun aku berterima kasih sangat-sangat la dengan tuan punya tanah (my BFF family) kerana mengajak kami ke dusun dan menjamu kami makan durian sampai tak sedor diri. Dan thanks jugak pada dua Encik abang yang sudi menjahanamkan kereta mereka yang sememangnya dah jahanam untuk bawa i and my BFF masuk dusun. Encik abang Ahmad Tabrani (dear my BFF) and Encik abang Fitri thank you yea. Korang memang terbaik. Lain kali kita test another car pulak masuk dusun okey. Experiment la katakan. Hihihihi.  

Bersama Tuan Tanah.. Hehehehe...



Angah yang semangat membelah durian

Kami - Noor(My BFF), Me, Ahmad Tabrani(my BFF Dear) & Fitri



Ahmad Tabrani, Noor, Me, Fitri



Bonet yang masih belum penuh =)


No comments: