14.11.2011. If dia masih ada genap sudah umur dua 25 tahun. Yes 25 tahun jika dia masih bernafas di dunia ini. Tapi apakan daya Tuhan lebih sayangkan dia dari kita.
Dia pergi ketika umurnya 17 tahun. Dan aku 16 tahun. Ketika masing-masing berbahagia dalam alam remaja masing-masing. Dan masing-masing cuba mengenali hati masing-masing. Oh tuhan, memang ajal maut semua ditangan Engaku Yang Satu.
Engkau berikan aku sedikit kegembiraan disaat-saat akhir dia. Disaat dia tahu yang dia akan pergi meninggal semau yang ada di dunia ini. Tinggalkan semua yang dia sayang. Tinggalkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan hanya bekalan agama sahaja yang dia bawa bersama.
Siapa sangka insan yang kita sayang pergi tinggalkan kita untuk selamanya. Satu perasaan dan satu rasa yang tak terungkap dengan kata-kata.
Ya Allah Ya Tuhan ku.. Berdosakah aku kerana masih tidak mampu lupakan dia.? Berdosakah aku menangisi pemergian dia.? Berdosakah aku kerana susah untuk aku meyakinkan diri aku yang dia sudah pergi tinggalkan aku untuk selamanya.?
Walaupun kau telah tinggalkan kami 8 tahun dahulu tapi hati ini tidak pernah luntur mengigatimu. Walau kau tinggalkan kami sejauh jauh nya tapi suatu hari nanti kita pasti berjumpa di SANA. Di alam yang satu.
*Al-Fatihah buat Arwah Meor Muhd Syazani Bin Meor Hamzah
(141186-10042003)
No comments:
Post a Comment