Apa perasaan kita apabila cinta kita bertepuk sebelah tangan.? Thats mean kita je yang syok sayang cinta bagai semua pada pasangan kita sedangkan pasangan kita tak berperasaan macam kita.
Mesti kecewakan bila cinta kita tak berbalas ataupun cinta tak sampai pada tahap yang kita inginkan. Kita bercinta kalau boleh nak sampai ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat kan. Penatkan dok bercinta sakan 2-3 tahun lepas tu tup tup putus macam tu je. Kalau bercinta sebulan dua takpe la jugak, tak la ralat sangat. Tak siapa pun pening kan. Yea la baru sebulan dua. Hubungan pun tak berapa nak exercise.
Dan paling kecewa apabila keluarga semua dah tau dah kenal. Kawan-kawan pun dah sedia maklum akan hubungan yang terjalin.
Lepas tu kita siap sembang-sembang dengan pasangan pasal tunang kahwin semua. Siap dah fikir nak pakai baju apa tunang nanti, kahwin nanti nak nikah kat mana, apa door give yang nak bagi, belanja kahwin and semau la yang berkaitan dengan kahwin.
Pasangan kita tu pulak mengiakan je apa yang kita sembangkan macam dia setuju sangat dengan cadangan kita. Tapi sebaliknya hanya ingin menjaga hati hanya taknak kita terkilan atau lebih tepat KESIAN.
Kita dah dok best-best rasa macam dia serius nak kahwin dengan kita rupanya dia sikit pun tak rasa nak kahwin lagi. Cerita pada kawan-kawan dia yang dia belum bersedia, lambat lagi nak kahwen la, tak fikir pun nak ke arah itu dengan kita la dan siap cakap yang kita je overexcited nak kahwen.. WTF!!!!
Memang bermuka-muka. Bila sembang dengan kita siap setuju and semua okey. Semua akan jadi seperti yang kita inginkan. Arghh itu hanya sembang je kawan-kawan. Hanya maniskan mulut. Memang suka makan gula punya orang. Conform dapat kencing manis.
Kepada kawan-kawan sekalian sedar-sedarlah akan apa yang terjadi sekarang ini. Kami sebagai kawan-kawan dah cuba segala mungkin untuk anda kerana kami benar-benar sayangkan anda. Jangan terlalu berharap kerana harapan itu mungkin hanya akan tinggal harapan. Fikir-fikirkanlah...........
No comments:
Post a Comment