suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Kawan Yang Hilang Selama 6 Tahun

Wah sangat tak sangka kawan yang dah menghilang selama 6 tahun tanpa khabar berita desas desus itu boleh muncul kembali. Dan sedang mencari kawan kawan lain yang telah terhilang jejak selama 6 tahun itu. Uishh baru sedar dah lama rupanya.

On the way nak melepak mamak with my family i got the call. Terkejut akak tau. Mana taknya dah la tak nak perkenalkan diri pulak. Lepas tu siap suruh teka dianya siapa. Jenuh i main teka teki teka tekuk semua dengan dia. Berejam jugak la nak menjawab teka teki pantun syair semau. Jenuh nak mengigatkan dianya siapa. Almaklumlah dah lama tak jumpa and lost contact punya lama.

Tapi akhirnya setelah teka teki pantun bagai terjawab, i dapat teka jugak dia nya siapa. He3. Nak main tipu konon.

Tak sangka ada jugak kawan kawan yang dah bertahun tak jumpa tak berhubung boleh cari kita balik kan. Thanks jugak la kat dia sebab masih ingatkan i ni siapa dan sudi mencari kawan lama yang semakin menembam ini.

Kepada kawan kawan lain yang lama sesangat sangat tak jumpa dan yang telah berlost contact tu, sila silalah mencari i ni yea.. He3..


No comments: