suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Biskut Munchy's Tak Halal.!!

JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHY’S, BATU PAHAT JOHOR DAN TELAH MENEMUI STOR ARAK. BOSNYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TIDAK BERSALAH MENGATAKAN BAHAWA ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT. TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEISLAM 
DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM. 
DARI PEGAWAI JAKIM – HAJI JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)


Macam mana perasaan korang after baca notis macam kat atas ni.? Mesti terkejutkan. I pun masa mula-mula dapat this notis terkejut gak. Bukan apa biskut jenama Munchy’s ni adalah antara favourite my family and my mom memang selalu beli biskut dari jenama Munchy’s ni. I pun suka kudap-kudap biskut Munchy’s.


Tapi kita tak boleh percaya terus benda ni kan so i pun search la kat PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA. Untuk kepastian katakan. And ini apa yang i dapat dari kenyataan media. 


1.   JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchy’s di Batu Pahat dan menemui stor arak”.


2.   Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3.   Sukacita dimaklumkan, pruduk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy’s di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari Jakim yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4.   Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal untuk pengesahan.


Dapat dah kan kepastiannya. So kita tak boleh la percaya berita or khabar-khabar angin yang kita sendiri tak pasti. Sebelum buat apa-apa kita kena selidik baik-baik. Bab halal haram ni wajib kita ambik peduli. Jangan pakai hentam je. Sumber banyak Cuma betul atau tak je. Sebagai umat islam kita wajib mencari yang halal. Bukan gitu you all... 



No comments: