suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

2 BULAN SUDAH


Alhamdullilah bulan ini cukup dua bulan sudah aku bekerja ditempat baru. Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang aku sudah beralih angin. Dan ramai lagi yang masih menganggap yang aku masih bekerja dengan company lama aku. Ini kerana aku tidak menghebahkan pada MEREKA-MEREKA yang aku sudah beralih arah.....


Lagi pun aku rasa tidak perlu untuk aku menghebahkan pada MEREKA tentang status kerja aku. Lagipun untuk apa aku suarakan nya bukan..? Hanya akan merungsingkan kepala sahaja.

Semestinya bertubi-tubi soalan demi soalan akan mereka persoalkan pada aku. Ahhh malas aku ingin memberikan jawapan pada soalan-soalan yang mungkin akan memeningkan kepalan aku je. Lagipun banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan.

Tak kisah la apa saja pandangan MEREKA tentang sikap aku itu. Aku tak ambik kisah dengan cakap-cakap kosong MEREKA semua itu lagi. Bukan MEREKA yang bagi aku nafas dalam kehidupan aku pun. MEREKA hanya segelintir manusia yang hanya tahu mengadili benda yang tak perlukan pengadilan.

Aku tetap akan teruskan kehidupan aku seperti biasa. Dan aku gembira dengan kehidupan baru aku sekarang dengan INSAN-INSAN yang menyayangi dan mengasihani aku. Aku tahu INSAN-INSAN ini sangat memerlukan aku daripada MEREKA-MEREKA itu. Jadi lebih baik aku pentingkan INSAN-INSAN ini kerana INSAN ini dapat menghargai aku seadanya aku.....


No comments: