suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

DENGKI



Mengapakah ada segelintir MEREKA di muka bumi ini mempunyai perasaan hasad dengki dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.? Bukankah setiap manusia itu dianugerahkan kelebihan dan kekurangan masing-masing.? Dan setiap yang dimiliki itu adalah anugerah dari yang Maha Esa. Semua itu adalah rancanganNya. Kita sebagai hambaNya perlulah menerima apa yang diberikan kepada kita. Dia berikan kita petunjuk jadi kita perlulah mencari jalannya sendiri. Setiap tujuan pasti ada jalan dan setiap jalan pasti akan ada petunjuknya. Dan setiap kelebihan ada kekurangannya.

Mungkin kadang-kadang MEREKA ini tidak pernah sedar akan kelebihan yang MEREKA-MEREKA ini miliki. Atau MEREKA ini tak pernah rasa syukur dan berterima kasih dengan kelebihan yang telah diberikan pada MEREKA, sehingga MEREKA boleh berperasaan dengki terhadap orang lain. Mungkin tak salah jika MEREKA merasa dengki dengan kelebihan orang lain atas dasar positif untuk memajukan diri kearah yang lebih baik. Sekurang-kurangnya ada sifat  ingin bersaing untuk berubah. Tapi yang menjadi masalahnya adalah apabila sikap dengki itu berubah negetif hingga boleh menghancurkan kehidupan insan yang tak bersalah itu.

Kelebihan yang diberikan adalah satu anugerah dari Yang Maha Esa. Segala-galanya adalah dariNya.Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang tersendiri. Jika MEREKA-MEREKA ini berperasaan dengki dengan anugerah kelebihan yang ada pada insan lain, ini bermakna MEREKA ini tidak setuju dengan anugerahNya. Tidak setuju dengan apa yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Itu salah sama sekali......

Sebagai hamba yang kerdil dimuka bumi ini kita seharusnya sedar akan nikmat yang telah diberikan. Dia sentiasa memberikan yang terbaik pada hamba-hambaNya. Kita tak perlu merungut dan mempertikaikan segala-galanya atas pemberianNya. Kerana hanya Dia sahaja yang tahu rancanganNya. Setiap kelebihan yang dimiliki pasti akan ada terselit kekurangannya.  Kita dilahirkan serba tidak sempurna di dunia ini. Tiada yang sempurna di muka bumi ini. Kita perlu sedar semua itu......

No comments: