Hanya tinggal beberapa hari lagi saja my sis Nur Nadira akan membuat satu penghijrahan. Penghijrahan untuk mematangkan dirinya juga mengajar dia untuk hidup lebih berdikari tanpa keluarga disisi.
Batu Pahat, Johor.. Yup ini destinasi yang bakal my sis tujui untuk memulakan satu kehidupan yang baru. Jauh beribu batu. Jauh dari keluarga dan saudara. Tapi demi mengejar masa depan semua itu perlu dilaluinya. Demi mencapai cita-cita, jauh beribu batu sekali pun bukan penghalang. Yang penting kesungguhannya untuk berjaya dan demi menjamin satu masa depan yang lebih baik.
Mungkin pada permulaannya dia akan rasa susah dan sedikit tidak selesa. Tambahan dia tidak pernah berjauhan dari keluarga sejauh ini dan akan berjauhan dalam masa yang panjang, tapi aku pasti lama kelamaan dia pasti akan biasa. Inilah lumrah kehidupan kepada seorang yang akan bergelar pelajar. Bukan lagi pelajar sekolah tapi pelajar universiti. Lebih besar tanggungjawab akan di pikulnya sendiri. Semuanya akan dilakukan dengan sendiri. Berdikari diatas kaki sendiri. Lambat berjalan pastinya akan ketinggalan. Tapi jika cepat setiap langkah perjalananya, dia pasti akan kedepan. Lebih maju dan lebih menuju kejayaan.
Kami sentiasa berdoa akan kejayaannya. Dan berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru, persekitaran yang baru dan kawan-kawan baru. Segala-galanya adalah baru baginya nanti. Hanya doa, sokongan dan dorongan saja yang mampu kami sekeluarga beri padanya. Semoga segala perjalanan hidupnya nanti berjalan dengan baik dan diberkati. Mudah-mudahan.. Aminnn....
My Dear Bro (Nadim) & My Dear Sis (Nadira)
No comments:
Post a Comment