suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Guru Mengajar Erti Kasih Sayang

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...


PELAJAR: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
 sebagai orang yang paling kita sayang.? 
Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan.?"

CIKGU: "Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. 
Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. 
Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. 
Sudah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tanganya. 
Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih.?

PELAJAR: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik..
Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik 
tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.. 
Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik.
Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
jadi tiada lah rumput yang boleh saya petik."

CIKGU: " Ya, itulah jawapan nya..
Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, 
jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
Kita patut hargai orang orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Semoga yang berlalu tidak berulang dan berlaku lagi.
Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik.
Walaupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..



No comments: