suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Tepung Buat Cucur



Baru nak keluar lunch telefon office pulak berbunyi. Adoi siapa pulak call. Orang nak pergi makan ni.

Me        : WJM, Hello

My Bos : Nadia nanti after lunch awak order patty tau..

Me        : Patty.??

My Bos : Haah Patty. Order satu beg ataupun satu guni.

Aku dah buat muka berkerut-kerut dah ni. Yea lah mana aku tahu patty tu apa. Dah la tak menjawab hello aku. Terus je bagi arahan. Ala lupa pulak dia tu bos. Katakan... he3...

Me        : Encik.. Saya tak tahu patty itu apa.? macam mana saya nak order.?

My Bos : Awak tak tahu patty itu apa.?

Me        : Haah encik. Lagipun sepanjang saya kerja sini saya tak pernah order pun benda itu.

My Bos : Oooo.. Patty tu macam tepung, warna putih. Awak order kat Castmech bagitau patty. Dia tau la.

Me        : Ok tapi patty tu apa encik dan nak buat apa dengan benda tu ( sibuk je aku ni nak tahu. dah bos suruh order, order je la tak payah la tanya lebih-lebih kan.)

My Bos : Patty tu tepung putih. Order saya nak buat cucur dan cekodok. Okey.

Me        : Ha?????

Tanpa segan silu , My Bos terus letak phone. Membuatkan aku terpinga-pinga seorang diri.....


No comments: