suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Tak Setabah Yang Disangka


Hello u all.........

Lama sesangat dah aku tak mengupdate blog aku ini. Kemalasan melanda jiwa dan ditambah pula dengan kesibukan yang melanda diri sejak dua tiga menjak ni.. Almaklumlah ingin mengubah sedikit kehidupan yang sedang berjalan ni... Mengubah ke arah yang lebih baik, insyallah.. amin.. he3..

Tak dinafikan sepanjangan perubahan ini macam-macam benda yang terjadi dalam kehidupan aku.. Suka duka dalam melayari kehidupan ini.. Itu biasa la kan.. Tapi aku tetap tabah melayari semua itu kerana aku tau setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya yang tersendiri. Aku dah cukup tabah dan sabar sekarang ini. Semuanya aku belajar dengan diri aku sendiri. Aku belajar jadi positive semampu yang aku mampu. Dan alhamdulillah hasilnya cukup memberi satu kesan dalam diri aku. Aku mampu harungi semuanya sedaya yang mungkin. =)

Tapi sekarang aku terasa seperti aku tak menjadi diri aku sendiri. Seperti merubah jadi orang lain. Lain dari diri aku sebelum ini.. Luaran mungkin nampak sama tapi dalaman aku tak sama macam sebelum ini.. Aku mula tak mengambil peduli hati dan perasaan orang lain terhadap aku. Kejam ke aku sekarang..? Tak kot. Tapi entah la. Aku dah mula tak peduli dengan orang yang penah ada dalam hidup aku. Aku tau mereka sayang aku, ambil berat pada aku dan aku tau mereka perlukan aku tapi aku tak hirau kan mereka. Aku lupakan mereka. Aku anggap mereka tak pernah wujud dalam hidup aku padahal mereka semua itu adalah orang yang banyak membantu aku satu masa dulu. Orang yang pernah memberi aku harapan dan jalan untuk aku teruskan hidup aku .. Salahkah aku......... Tapi aku sayangkan mereka.. Masih sayang...

Adakah kerana perubahan yang aku inginkan dalam diri aku ini telah membuatkan aku jadi kacang lupakan kulit. Salah aku ke semua yang terjadi itu.??????? Aku sendiri keliru. Aku tak pasti samada apa yang aku buat ini betul-betul yang terbaik untuk diri aku. Aku dah tak mampu harungi semua itu dan jalan yang terbaik aku sekarang adalah dengan mendiamkan diri aku dari mereka-mereka semua itu.. Mendiamkan diri adalah satu jalan terbaik untuk aku, mungkin...

Aku sekarang hidup dengan melupakan mereka semua itu. Aku wujudkan orang lain dalam hidup aku. Aku gembira dengan adanya mereka-mereka ini walaupun aku tahu benda ini hanya lah sementara.. Aku sangat hargai mereka ini.. Tapi aku lupakan mereka yang dulu. Lupakan mereka kerana aku rasa kehadiran mereka itu memberi aku kepedihan walaupun itu bukan salah mereka pun. Ahhh inilah kerana nila setitik habis susu sebalang........................

Aku senyum, aku gelak, aku buat perkara-perkara yang nampak gembira tapi tuhan je tahu apa yang ada dalam hati aku.. Hanya DIA saja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati aku ini.... Bak kata pepatah sesetengah orang "Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka."....................



No comments: