Salam you all..
Lately tak habis-habis orang dok bercerita pasai Ombak Rindu. Pergi sana orang sembang pasal Ombak Rindu, dating sini Ombak Rindu, bukak portal hiburan pun dok bercerita pasal Ombak Rindu. Gempak sangat ke.? Gempak la kot. Kalau tak takkan kutipan filem tu berjuta-juta kan. He3.
Muka happy sebelum nak layan Ombak Rindu
I pun naik jealous bila orang dok kata rugi siapa tak tengok Ombak Rindu. Rugi sebab filem dia best menyayat hati sanubari. Kalau nak tengok kena sediakan tisu sekotak. Wah samapai macam tu sekali kan. Ish ish ish.
Kerana kejelesan melanda hati, i pun go to cinema la untuk nonton filem yang digembar gemburkan best tu. Tapi tak la sampai sediakan tisu sekotak okey. =)
Hampir dua jam lebih menyaksikan Ombak Rindu, apa yang boleh i cakap tak seperti apa yang mereka-mereka ceritakan. Thats mean pada pendapat peribadi i la ceritanya tak lah menarik sangat. Taklah sampai menangis teresak-esak sambil menarik-narik tisu dari kotaknya dan taklah meninggalkan kesan yang dalam pada i. Kira dari 5 bintang i boleh bagi 3 ½ je. Ini hanya pendapat peribadi i je. Mungkin tak sesuai dengan hati i maybe.
Tapi i sangat puji dengan lakonan maya Karin. Dan juga i sangat suka dengan lagu-lagu dalam filem tu. Especially lagu duet Hafiz and Adira tu. Perghhhh memang i suka lagu tu. Lagu je la, cerita kureng sikit bagi i. Apa pun tahniah atas kejayaan filem tu yang mengutip kutipan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment