suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Harini sabtu terakhir dalam bulan March. So harini jatuhnya Earth Hour. You all tau kan pasal Earth Hour ni. Kepada yang tak tahu tu boleh klik-klik kat Earth Hour ni.


Disebabkan dunia kita sekarang ni terjejas dengan masalah-masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang membimbangkan ni, kita sebagai penduduk dunia ni kenalah ambik peduli sikit untuk mengurangkan masalah iklim ni kan. 

So dengan itu jom kita join kempen Earth Hour ni dengan MEMADAMKAN semua lampu dan tenaga elektrik selama 60minit. Tak lama pun you all 60minit je. Dan Earth Hour ni bermula jam 08:30pm hingga 09:30pm malam ini. Waktu Malaysia okey.

Jom ramai-ramai pakat tutup lampu, tutup tv, tutup laptop, tutut semua tenaga elektrik dan tutup pintu tingkap semua sekali tau. Kang tak pasai-pasai pulak ada orang amik kesempatan dalam kegelapan ni. Hehehehe..

*Tidur awal malam ni*

bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.



bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Artikel asal - http://anarm.net/blog/earth-hour-malaysia-2012.html#ixzz1qf9L28Zz
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives

Jika Diizinkan

Saya sayang awak sangat-sangat. Awak bukan yang pertama saya cintai sebelum ini tetapi saya akan jadikan awak adalah yang terakhir untuk saya cintai. Dan awak akan ada dalam hati saya selamanya. Insyallah jika diizinkan. 

Betul ni.?

Yes i do. Trust me. Saya cakap apa yang saya akan lakukan.
 .
.
.
.
.
.
.
.
Gedebaboommm. 




*Mimpi rupanya*


Menangis Kerana Kitab Cinta.?

"Cintaku buatmu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit"

Ni kali kedua i layan drama ni. Masuk ni jugak dua kali dah i menangis tau. Minah Cengeng. Cengeng tak cenggeng. Dah nama pun wanita so tak lari dari sifat sensitive nya. Hati wanita kan halus dan mudah tersentuh. So dah touching nangisla jawabnyakan. Takkan nak main simpan sedih tu kot. Parah jadinya nanti. 

Drama apa you tengok 
sampai menangis ni.?

Drama ni drama dari Astro Al-Hijrah. Yang takde astro boleh cari kat google la yea. Drama ni tajuk nya Kitab Cinta. Dah ditayangkan tahun lepas tapi si i yang kolot ni baru tengok bersirinya dua tiga hari ni. Dok rumah cuti tengok TV je la manjang kan. Tu yang boleh terbukak tertengok terlayan dan terjatuh hati dengan drama ni. Drama ala keagamaan percintaan antara dua negara.

Disebabkan i dah terjatuh suka dengan drama Kitab Cinta ni, i pun google la cari info pasal drama ni. Tup tup tengok rupanya dah ditayangkan tahun lepas. *Nampak sangat jarang bukak Astro Al-Hijrah. Kalau Astro Ria Or AXN pantang lepa.* 

Drama ni drama dua negara, Malaysia dan Indonesia. Pelakon pun pelakon dari dua-dua negara ada. Kalau you all rajin and takde kerja mau buat cuba-cuba la layan drama ni. For me drama ni memang sangat best and ada unsur-unsur baik yang boleh kita jadikan tauladan. 


You all boleh cari drama Kitab Cinta ni kat Perekacerita.com. I pun dok download from Perekacerita ini. *Sambung Tengok*

Diculik Dengan Rela Hati


Nak marah je rasa hati bila kita dok sedih-sedih fikir pasal remaja-remaja yang kena culik tup-tap-tup-tap, rupa-rupanya menipu je diculik.

Kita punyalah kesian akan nasib mereka. Kesian mak bapak dok sedih menangis mengenang nasib anak-anak yang kononya di culik tu. Walhal menipu je you all. Penculikan yang dirancang sendiri. Culik konon padahal dok menapak kat rumah Boyfriend. Apakah jadahnya yea.?

I sedih kot bila ada remaja perempuan yang kena culik. Yea la cuba bayangkan kalau benda buruk bakal jadi pada dorang.  Mana la tau kena rogol ke nanti kan. Musnah masa depan. Tapi bila dapat tahu rupanya dorang semua tu tak diculik pun tapi diculik dengan rela hati. Thats means LARI RUMAH la. 



Memang angin kot. Buat malu mak bapak je. Mak bapak punyalah sedih sampai masuk TV cerita pasal anak kena culik. Rupanya anak sedap-sedap sedang bahagia. Apa punya anak la dorang ni. Tak fikir langsung pasai mak bapak.

Lepas ni kepada semua ibu-ibu bapa-bapa diluar sana berhati-hatilah dengan anak-anak anda yea. Lebihkan take care agak tidak jadi kes lari rumah ini. Tanggungjawab sebagai ibu bapa sangat besar dan hati-hatilah. 

:: Mak ayah i pun kena hati-hati la jugak sebab kita tau tahu apa yang bakal berlaku kepada anak-anak mereka ::



Atas Nama Cinta


Finally habis sudah drama Atas Nama Cinta kat TV3. Boleh tahan jugak la jalan ceritanya Cuma the ending je yang i tak berapa suka sebab heroinnya mati. Kebahagian hanya sementara je sebab semua di dunia ni hanya pinjaman dari Yang Esa semata-mata.

Bukan nak story about jalan cerita this drama tapi nak kongsi sikit pasal lokasi drama ni dijalankan. Ada dua lokasi, satu dalam Malaysia and then another one kat luar Negara. Kat Perth Australia. Untung pelakon tu kan.

Bila dok tengok dorang berlakon kat Perth tu teringat i masa company trip suatu masa dulu. Company trip ke Perth you all. Agak jakun disitu. Eleh kalau you all pun mesti jakun sekali kan. He3.

Memang excited sangat sebab dapat ke Negara orang. Dapat jugak kita satu pengalaman baru dan dapat melawat negara orang kan. Lain tempat lain budaya, lain adat dan lain caranya. Kan.? 

Jom i nak share some picture masa trip i kat Ausie. Nak story nanti panjang berjela jela pulak entry ni kan. So bercerita dengan gambar jea la. Itu je yang akak mampu you all. =)














Sudah Cukup Sudah

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
By Nirwana Band

Kes Culik Lagi.!

Salam semua.


You all ada baca tak news pasal remaja berumur 15tahun diculik.?

Pagi-pagi tadi before pergi kerja my mom sempat suruh baca paper dulu. Dia suruh baca pasal kes remaja kena tarik/culik. 

Mak aii, lepas satu satu kes culik terjadi. Sebelum ni kecoh bila kanak-kanak 
(Dirang) 
usia 5tahun diculik, dibakar dan mati. Ni pulak kes remaja perempuan (Nur Fatiha) berumur 15 tahun pulak. Kena culik depan dua adik dia. Kena tarik lepas balik dari kedai beli prepaid. 

Kalau ditengok kes Dirang dengan kes Nur Fatiha lebih kurang sama je kan. Mereka diculik semasa balik dari KEDAI. 
Berani betul orang zaman sekarang kan. Main culik je, culik time siang pulak tu. 

Kesian budak yang tak bersalah macam mereka tu. Tak pasai-pasai je kan. Kalau you all nak tau lebih lanjut pasal kes culik Fatuha ni boleh la usha kat Harian Metro Online ini.




:: Before gi kerja tadi mak sempat pesan, 
"Jaga diri tu. Walaupun bukan 
kanak-kanak tapi hati-hati. Orang sekarang bukan kira, mana dan je". Ok mak i will ::



Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Salam, Hai you all. 

Baru-baru ni i ada terserempak dengan satu artikel ni tau. Artikel pasai kaum wanita. Tapi bukan artikel berunsur buruk tapi artikel panduan untuk mengenali wanita. Yea mengenali wanita melalui cara dia berjalan.

Wahhh, wanita berjalan pun orang boleh kaji kan. Ni bermakna wanita ni special kan. He3. Jom kita kongsi bersama-sama artikel yang i copy paste dari sumber di laman sesawang. Layannnzz.. 

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalauwanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Amacam ada sama ke.? Tapi you all kena ingat tak semestinya panduan ni betul 100%. Setiap manusia dijadikan berlainan kan. Ini hanya kajian mungkin. 


Walimatul Urus

Musim cuti sekolah je mesti ada kenduri kahwin kan. Orang kahwin je mesti time cuti sekolah. He3. Biasa la kan time tu je yang best kalau buat kenduri kendara. Memang kalau time cuti sekolah je time table walimatulurus mesti penuh, bukan setakat walimatulurus perkahwinan tapi kenduri lain pun ada jugak. Sampai kena bahagi-bahagikan mana yang wajib pergi dan mana yang tak berapa nak wajib. #Sampai hati kan.

Tapi kalau i, i akan cuba attend all the majlis yang dijemput. Kalau termampu untuk hadirkan diri la. Macam baru-baru ni i dapat jemputan untuk majlis kenduri sampai 7 buah rumah. Sampai sedawa pun sedawa nasi minyak. He3. *Burukperangai.

Dalam 6 kenduri tu hanya 5 je yang i dapat hadirkan diri. Satu daripadanya tak dapat den nak nolongnya. Majlis perkahwinnya nun jauh beratus kilometre you all. *Sedih*

Wedding yang beratus kilometer itu adalah majlis my best friend. Nun jauh di Johor Baharu. Oh jauhnya engkau punya kenduri wahai sahabat. Sebenarnya jauh bukan halangan tapi ketiadaan peneman setia untuk meraikan perkahwinan di Johor itu. Redha je la. Apapun doa sentiasa mengiringi pasangan pengatin baru Nurunnajiah Mdisa dan pasangannya. Ini antara picture yang i curik dari pasangan ini. He3.





 Sweet kan. Sikit je okey. Dah la curik tanpa keizinan lagi mau banyak-banyak. 

Untuk kenduri yang lain-lain tu picturenya eidak ado. Sobab utamo den tak bawak kamera adalah kerana card reader teman HILANG. Hilang ataupun i yang careless. *Lupa letak dimana*. 



Sengkuang+Sos+Kacang=Sengkuang Calit

You all semua pernah dengar tak nama makanan Sengkuang Calit.? Ala sengkuang yang dipotong nipis lepas tu letak sos and then taburkan kacang tumbuk. Tau tak. Tau takpe. Hi3.

Siapa yang pernah makan sengkuang calit ni mesti tau keenakannya kan. Manis sengkuang dengan sos sedikit pedas pastu rangup kacang tanah tumbuk, perghhh memang menusuk sanubari. =)

Sekarang susah nak cari sengkuang calit ni. Merata cari tapi tak jumpa. Nak jadi cerita kena buat sendiri la jawabnya kan. Dah la my mom ni gila dengan sengkuang calit. Kalau dapat makan tak ingat anak kiri kanan. Ha3.

So baru-baru ni ada kawan my mom bagi sengkuang. Banyak kot. Nak makan macam tu je i tak berapa gemor so my mom pun create la sengkuang calit version dia sendiri. Sos nya pun buat sendiri, main pakai tibai je you all, janji ada sos. Ada rasa manis pedas tu kira okey la kan.



Alhamdulillah jadi jugak sengkuang calit sdn bhd. Sedap you all. Tambah pulak my mom buat banyak kacang tumbuk. Perghh memang makan tak hingat dibuatnya. So you all mana yang dah tak dapat jumpa sengkuang calit tu, you all buat la sendiri. Ala you all guna je cara you all sendiri, janji rasanya ada kan.  


Doa Untuk Diri Sendiri

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur.

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah ALLAH SWT yang sempurna daripada kejahatan hambaNya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku”


Cinta Kontrak Di Pusat Latihan Khidmat Negara

Salam, Sihat ke you all semua.

Ala. Terindu rinduan la pulak pepetang ni. Kenangan lama digamit kembali. Kenangan yang menyentuh jiwa sanubari. Hingga boleh menitiskan airmata yang suci ini. Ceewaaahhh...

Ceh berjiwang konon.
Rindu apa la pulak cik kak oii.
Rindu kat buah hati
yang tak jadi tu ke.?

Ala you all i rindu rinduan pada my friend la. Kawan-kawan dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Haaa, jangan tak tau i ni salah sorang tupperware bekas pelatih PLKN tau. Comel kan bekas pelatih ni. He3. Terpuji diri sendiri la pulak. =)

Dah 7 tahun dah we all tamatkan latihan. Pejam celik pejam celik dah bertahun tak jumpa. Tapi bernasib baik jugak la ada laman sosial, jumpa jugak kami. Kalau nak cerita pasai PLKN ni rasanya berhari-hari tak habis. Terlalu banyak pahit, manis. kenangan, suka duka yang ada. Cuma yang i boleh cakap its the best la. Best gilerrrr.. *Sambil angkat ibu jari*

Jom i share sikit kebestsan masa Latihan Khidmat Negara ni. 


Our Kem Sentosa






















Share dengan gambar je la yea. Nak cerita, jenuh pulak nak taip menaip. He3. Letih jari jemari akak nanti tau. 

Banyak lagi gambar nak letak sebenarnya tapi kang panjang berjela jela pulak entry gambar ni kan. He3. So letak mana yang patut je la you all.

Memang all the kenangan takkan dilupakan sampai bila-bila la. The best moment yang tak semua orang akan dapat. Siapa yang dah merasa menjadi pelatih PLKN akan rasa  apa yang i rasa ini okey. Miss all the MOMENT. *Berangan*


*Tergelak* Dok ingat mandi dalam kolah beramai-ramai. =)




#Gambar kurang cun sebab masa ni DSLR tak mampu nak beli.