suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

See Again On 2016

Hari ni 29/Feb/2012. Hari terakhir dalam bulan Februari. Tahun depan tak jumpa dah 29 Februari ni. Nak jumpa the date kena tunggu tahun lompat la. Ataupun lebih senang jumpa lagi 4 tahun akan datang.

Wah, lambat lagi la kita nak jumpa date 29 ni yea. Kena tunggu tahun 2016 la. Jenuh la siapa yang lahir pada 29 Februari sebab kena sambut ulangtahun 4tahun sekali. He3. Memang unik dan special la date ni sebabnya susah nak jumpa. Jumpa 4 tahun sekali la jawabnyakan.

So goodbye bye bye 29 Februari 2012. See you again on 29 Februari 2016. =)



Bila Sang Kekasih Masuk Majalah

Salam you all semua....

You all perasan tak yang ada orang kat luar sana masih tak boleh tengok hidup orang lain happy.? Ada je agenda yang dorang create untuk menyakitkan hati orang lain. *Sedih Teman*

I tak paham la you all. Kenapa ada orang kat luar sana yang masih simpan perasaan nak sakitkan hati i ni. Perghh memang gua sakit hati der. Dorang ingat i ni nak jealous sangat ke dengan orang tu. Please la sikit ok. Tak heran pun teman. Teman eidak nak kesah dah sebab past is past okey.

Awatnya marah sentap-sentap
bagai ni cik kak oii, PMS ke..?







Inilah penyebabnya i sentap. Ada ke patut si Sengal mana entah send me this picture. Mula-mula tak perasan pun about this picture. Tapi after baca note by si Sengal tu baru la perasan. Yang itu di mana ada satu gambar diatas adalah gambar my ex-boy with new girl. Picture dorang masuk magazine tu. Konon nak bagi i jealous la tu. *Poyo*


Eeeee apa kejadahnya i dengan pasangan itu kan. Memang Sengal tahap merong-merongan-biul-biulan betul la si Segal tu. Saja je bagi mood happy i bertukar jadi unhappy. Memang kalau ku jumpa si Sengal ni akan ku siku-siku-tenyeh-tenyehkan kepala dia. 


Buat sentap je kalau diingatkan. Ahhh dari sentap menyentap ni baik beristighfar dan tenangkan fikiran dan hati kan, supaya tak jadi macam si Sengal biul itu. *Istighfar, Tenangkan Hati*


Hasil Kajian Karektor Kelahiran Manusia

FEBRUARY

·   Berfikiran abstrak
·         Sukakan benda yang reality
·         Intelligent, bijak dan genius
·         Berpesonality yang mudah berubah
·         Mudah menawan hati orang lain
·         Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
·         Jujur dan setia pada segalanya
·         Keras hati untuk mencapai matlamat
·         Tidak suka dikongkong
·         Suka kegiatan yang lasak
·         Emosinya mudah terluka dan sangat sensitive
·         Mudah mempamerkan marahnya
·         Tidak suka benda yang remeh temeh
·         Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
·         Sangat berani dan suka memberontak
·         Bercita-cita tinggi
·         Suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impian
·         Pemerhatian yang tajam
·         Suka hiburan dan sukan
·         Suka benda yang bersifat seni
·         Sangat romantic pada dalaman tapi tidak pada luaran
·         Berkecenderungan pada benda yang tahyul
·         Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
·         Belajar untuk mempamerkan emosi



Karektor-karektor ni i got it from someone tau. Dia kata yang ni hasil kajian karektor kelahiran manusia. So karektor yang ada kat atas ni adalah untuk yang lahir bulan february. Dan i la yang lahir on the month kan. 
Setelah diteliti dengan jayanya, i dapati tak semua yang ada tu adalah karektor i. Sesetengah tu memang i akui betul dan ada dalam diri i ni. Tapi ada sesetengah tu kurang tepat. Maybe februaryian yang lain sama semuanya. So itulah saya. He3...

Rindu Yang Terlarang

Rindu Yang Terlarang

Sekian lama sudah kita telah berpisah
Ku rasa kini engkau tak sendiri lagi
Aku pun kini juga seperti dirimu
Satu hati telah mengisi hidupku

Tak perlu engkau tahu rasa rindu ini
Dan lagi mungkin kini kau telah bahagia
Namun andai kau dengar syair lagu ini
Jujur saja aku sangat merindukanmu

Memang tak pantas mengkhayal tentang dirimu
Sebab kau tak lagi seperti yang dulu
Kendati berat rasa rinduku padamu
Biarkan ku hadang rinduku terlarang

Ku puisikan rindu di hatiku
Ku harap tiada seorang pun tahu
Biar ku simpan saja
Biar ku pendam sudah
Terlarang sudah rinduku padamu

Kendati berat rasa rinduku padamu
Biarkan ku hadang rinduku terlarang

Ku puisikan rindu di hatiku
Ku harap tiada seorang pun tahu
Biar ku simpan saja
Biar ku pendam sudah
Terlarang sudah rinduku padamu
Terlarang sudah rinduku padamu

By Mahkota Band



Kerajinan My Bff










Inilah dia hasil tangan my BFF bila dia tengah rajin ya amat. Almaklumlah la ni tengah dok cuti midterm so banyak la masa terluang kan.

Walaupun tak la se-pro orang lain tapi its ok la kerana dia rajin and ada hati jugak nak edit sikit-sikit kan. Daripada i ni, heeemmm hampeh. He3.

Tapi i think it’s nice. Tambah-tambah ada muka si COMEL ini. Comel ok. He3. Thanks to her so much.. =)


Arah Kehidupan

Semalam adalah pengalaman dan pengajaran untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.

Hari ini, satu reality yang bakal berlaku. Kehidupan yang berjalan seperti biasa tapi dengan semangat baru serta agenda yang baru. Memulakan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.

Esok.. Belum tentu apa yang bakal berlaku. Belum pasti apa arahnya. Samada ianya seperti semalam atau lebih baik dari semalam. Kehidupan yang bakal di lalui akan mematangkan diri. Pahit manis adalah satu perkara wajib dalam sebuah kehidupan.




Arah kehidupan ini tidak akan berhenti , ianya akan terus berjalan. Sehinggalah takdir menetukan bila riwayat ini akan berhenti.

Selagi ia terus berdetik, matlamat hidup akan terus di laksanakan dengan satu harapan baru.



Kau Memang Memainkan Perasaan

I nak bagitau you all semua yang i dah tersuka dengan satu lagu ni. Manjang jew tersukanya kan. Hari tu tersuka sampai terjatuh cinta dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta kan tapi la ni i dah berpaling tadah okey. Berpaling tadah kepada lagu lain.  Dah jatuh-bangun-jatuh-bangun dengan lagu lain.

 Oh lagu kau memang 
memainkan perasaan i. 

Okey hari ni bermulanya jatuhan cinta dengan lagu dari Mahkota Band tajuk Rindu Yang Terlarang. I dapat tahu lagu ni pun dari my BFF. Dia dok mesej suruh dengar beberapa lagu. Dalam lagu yang ada, lagu dari Mahkota Band ini yang menjadi pujaan hati dengan tiba-tiba tanpa ada perasaan prejudis. Wah wah wah...




Tajuk pun dah agak meruntun hati belum dengar lagu dengan lirik lagi kan. Tambah-tambah lirik tu ada kena mengena dengan kehidupan yang telah kita lalui. Memang tersentuh hati nurani kan sampai tertouching-touching di buatnya. Almaklumlah hati suci bersih sangattt. Hi3... =)

Nanti you all dengar la yea. Cuba rasa apa yang lagu tu sampaikan conform ada diantara you all yang tertouching macam i ni. Dengar tau, best.

Dan bermulanya hari ini, i akan mendengar lagu Rindu Yang Terlarang ini banyak kali dan banyak kali. Bangun tidur dengar dan nak tidur pun akak akan dengar. Dengar sampai naik muak telinga. Hi3.......


Tayammum



PENGERTIAN TAYAMMUM
  • Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.
  • ·Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:


005.006 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)

  • Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM

1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

SYARAT TAYAMMUM

1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda lain.
2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
3. Hilang najis terlebih dahulu.
4. Masuk waktu sembahyang.
5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.
6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka.
2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM

1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:


Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”
2. Menyapu muka.
3. Menyapu kedua-dua belah tangan.
4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz 

2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka.
3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.




Bila Nak Berubah Ni.?

Lately terasa ingin berubah dari yang tak baik ini kepada yang lebih baik. Keinginan untuk berubah memang kuat tapi entah kenapa masih tak berubah-ubah pun. Sama je kan.

Aishh pelik pulak kan. Hati dah berkenan untuk menukar dan berubah ke arah yang sepatutnya tapi tak juga buatnya. Umur dah meningkat ke 25 tahun ni sepatutnya dah boleh fikir yang mana patut untuk buat dan yang mana tak patut buat. Ni eidak jugak. Umur je meningkat naik tapi perangai and pemikiran tak jejak pun lagi  dan tak macam umur 25 tahun tu. He3..


Nak berubah apa.?

Emmm...

Nak berubah menjadi seorang insan yang mematuhi segala amanah yang telah diamanahkan oleh yang Esa kepada manusia.

Nak pakai TUDUNG. Okey. Fine....!!

Bertudung time study dulu2


Bila Aku Jatuh Cinta

Alamak-alamak-alamak...

Dengan tetibanya i ingin mendengar lagu itu setiap hari. Oh tidak. Ini kerana pada mula lagu tu keluar kat radia, i tak suka lagu itu. Entah kenapa pun tak tahu.

Tapi dengan tiba-tiba apabila hari-hari-hari-hari layan drama Genersik Kalbu kat TV3 tu, dan hari-hari-hari-hari dengar lagu tu, terus terjatuh cinta dengan itu lagu.


Lagu apa.?
Lagu di bawah ni la. =)






Sedap pulak didengar bila lagu tu dimainkan dengan drama Gemersik Kalbu, secocok bangat. Memang jalan cerita Gemersik Kalbu dengan bait-bait lirik Bila aku jatuh cinta tu sesuai la. 

Dan dengan itu sekarang ini dengan rasminya ingin dimaklumkan bahawa saya SUKA dengan lagu BILA NADIA  JATUH CINTA BILA AKU JATUH CINTA.. He3.. 


:: Betul cakap orang tua-tua, benci benci lama-lama jadi sayang/suka ::



Aku tersenyum seorang diri. Aku rindu padanya.. Sangat rindu..

Kini dah bertahun lamanya aku ingin melupakan segalanya,
Melupakan satu rasa yang tak kesampaian,
Melupakan segala kisah cinta antara kami, segalanya,
Kerana kecintaan dari ALLAH SWT itu lagi bererti baginya,
Dia telah pergi dahulu meninggalkan aku keseorangan 
tanpa ada sebarang bicara,
Aku disini akan tetap mengasihaninya seperti mana dahulu,
Walaupun aku tahu semuanya sudah berubah 
tak seperti dahulu,
Doa dan Al-Fatihah sahaya yang mampu 
aku hadiahkan atas rasa ini,
Aku tetap menyayanginya selama aku mampu 
dan selama aku masih bernafas.



"Kita jadi yang terbaik dan buat yang terbaik"

Semua orang merasa untuk bercinta, mencinta dan dicintai sesama insan antara seorang lelaki dan seorang perempuan kan. Samada sebelum berkahwin atau pun selepas berkahwin. Takkan dah kahwin tak ada cintan cintun pulak kan. I percaya perasaan itu ada dalam diri setiap manusia. Mungkin cara yang membezakannya.

Seronok hidup bersama dengan orang yang kita suka, sayang dan cinta ni. Tapi mungkin bagi sesetengan dari kita hanya sempat bercinta tapi tak sempat nak hidup bersama. I means that jodoh di tangan Tuhan yang Esa. Bercinta belum tentu memiliki bukan.?

Tapi kalau ditakdirkan suatu hari terpisah, tutuplah fail itu dan jangan bukak-bukak lagi. 

Biarlah bekas kita itu hidup dengan cara dia sendiri. Dia tahu apa yang dia ingin dan buat untuk diri dia. Kita tak perlu nak ambik kisah and tak payah dah nak ambik tahu hal dia. 

Tak payah lah nak hantar SMS,Email bagai, nak tanya khabar konon. Tak payah sibuk-sibuk hantar masej apa khabar, sihat kea pa ke semua. Apa perlunya awak ambik tahu.? Dia dah jadi hak milik orang lain kot, tahu la orang tu macam mana nak jaga dia.

Awak dah buang dia, tak payah sibuk lagi. Nak jaga silaturahhim apanya. Ramai lagi orang yang awak boleh jaga silaturahim tu. Emak, ayah, kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga, rakan kerja, jiran rumah lama semua ada untuk awak jaga silaturahim. 

Yang nak sibuk-sibuk jaga tepi kain BEKAS awak tu apa ke halnya.? Takde kerja ke apa.?

Haaa.. Ini mesti ada niat tersembunyi. Ni tak lain tak bukan ni mesti tengah menyesal kan. Ish Ish Ish..


Adele - Set Fire To The Rain

When I lay with you I could stay there,
Close my eyes, feel you're here forever,
You and me together, nothing is better!
Cause there's a side to you that I never, never knew,
All the things you say they were never true, never true,
And the games you play, you would always win, always win.

Chorus:
But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Let it burn while I cry,
Cause I heard it screaming out your name, your name!
I set fire to the rain
And I feel lost into the flames
When I felt something die,
Cause I knew that that was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you pawned must be waiting for you.
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.

Chorus:
I set fire to the rain,
Watched it pour as I touch your face,
Let it burn while I cry,
Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain,
And I feel lost into the flames
When I felt something die
Cause I knew that was the last time
The last time, oh, oh!


By Adele