Maklumat Peribadi (Personal Information)
Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss...
Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.
Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)
Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employermenilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja - kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.
Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi. |
Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)
Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee... anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.
Maklumat kelayakan profesional adalah kursus - kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan(certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma,LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.
Ingat!
Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria - ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.
Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.
Ingat!
Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerjanetwork engineer , jangan letak 'mahir menjahit cross-stitch'. Kena baling ngan telur busuk.
Bahasa (Language)
Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.
Contoh:
Language | Spoken | Written |
English | 8 | 10 |
Malay | 10 | 10 |
Mandarin | 8 | 6 |
Arab | 10 | 7 |
Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.
Pengalaman Kerja (Working Experience)
Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?
• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).
So camane nak start cerita pasal working experience nih?
- The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
- Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
- Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feelkepada penulisan resume anda.
- Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar - tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada. |
Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)
Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain?
Calon lain pun ada skil yang diperlukan.
Calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman.
Calon lain pun ada rujukan yang baik.
Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?
Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya
Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume.
Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.
Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.
Lihat dua contoh di bawah:
Contoh A Prepared training modules for new hires
Contoh B Developed comprehensive training modules (Soft-skills & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level |
Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua - duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:
- pengunaan perkataan yang power - developed, comprehensive
- penerangan yang lebih fokus - softskill & product knowledge
- pencapaian - that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.
Rujukan (Referees)
Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.
Penting!
Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.
Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga. |
Gaji (Salary)
- Gaji sekarang (current salary) - Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.
- Gaji yang dikehendaki (expected salary - Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 - RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% - 50% dari gaji lama.
Jangan sekali - kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja. Jangan lupa letakkan terma 'Negotiable' atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.
Contoh:
Expected Salary
- RM2500 - RM3200 (Negotiable)
- RM3200
- RM2500 - RM3200 (Nego)
- RM2500 - RM3200 (Negotiate)
- Salary is fully negotiable
- Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.
Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki(expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.The bottom line is this: if it's not asked, don't volunteer. Senang citer. |