suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Kami Sayangkan Anda

Apa perasaan kita apabila cinta kita bertepuk sebelah tangan.? Thats mean kita je yang syok sayang cinta bagai semua pada pasangan kita sedangkan pasangan kita tak berperasaan macam kita.

Mesti kecewakan bila cinta kita tak berbalas ataupun cinta tak sampai pada tahap yang kita inginkan. Kita bercinta kalau boleh nak sampai ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat kan. Penatkan dok bercinta sakan 2-3 tahun lepas tu tup tup putus macam tu je. Kalau bercinta sebulan dua takpe la jugak, tak la ralat sangat. Tak siapa pun pening kan. Yea la baru sebulan dua. Hubungan pun tak berapa nak exercise.

Dan paling kecewa apabila keluarga semua dah tau dah kenal. Kawan-kawan pun dah sedia maklum akan hubungan yang terjalin.

Lepas tu kita siap sembang-sembang dengan pasangan pasal tunang kahwin semua. Siap dah fikir nak pakai baju apa tunang nanti, kahwin nanti nak nikah kat mana, apa door give yang nak bagi, belanja kahwin and semau la yang berkaitan dengan kahwin.

Pasangan kita tu pulak mengiakan je apa yang kita sembangkan macam dia setuju sangat dengan cadangan kita. Tapi sebaliknya hanya ingin menjaga hati hanya taknak kita terkilan atau lebih tepat KESIAN.

Kita dah dok best-best rasa macam dia serius nak kahwin dengan kita rupanya dia sikit pun tak rasa nak kahwin lagi. Cerita pada kawan-kawan dia yang dia belum bersedia, lambat lagi nak kahwen la, tak fikir pun nak ke arah itu dengan kita la dan siap cakap yang kita je overexcited nak kahwen.. WTF!!!!

Memang bermuka-muka. Bila sembang dengan kita siap setuju and semua okey. Semua akan jadi seperti yang kita inginkan. Arghh itu hanya sembang je kawan-kawan. Hanya maniskan mulut. Memang suka makan gula punya orang. Conform dapat kencing manis.

Kepada kawan-kawan sekalian sedar-sedarlah akan apa yang terjadi sekarang ini. Kami sebagai kawan-kawan dah cuba segala mungkin untuk anda kerana kami benar-benar sayangkan anda. Jangan terlalu berharap kerana harapan itu mungkin hanya akan tinggal harapan. Fikir-fikirkanlah...........


Harimau Malaya

Tahniah Harimau Malaya.!!!! 
Tahniah atas kejayaan anda di Sukan Sea 2011. 






Pasti Ada Jawapannya

Setiap soalan pasti akan ada jawapannya. Bebagai-bagai soalan ditanya. Lepas satu satu diluahkan. Tapi entah kenapa sampai sekarang masih tiada jawapan, jawapan ikhlas dari soalan-soalan yang ditanyakan. Oh tidak, dimanakah jawapan-jawapan itu semua. Adakah ianya sudah berkubur begitu sahaja.?

Seperti tidak dijangka soalan itu yang ditanya. Lepas satu soalan, satu soalan lagi berkumandang. Sedangkan soalan pertama tidak punya jawapan apatah lagi soalan yang ditanya kemudiannya.

Aaarrrrrrrrrrggghhhhggggg.. 

Biarkan lah soalan-soalan itu berakhir tanpa jawapan. Pasti suatu hari nanti soalan-soalan itu akan ada jawapannya. Dan mungkin jawapannya lebih daripada soalan-soalan yang pernah ditanya. 

Tunggu dan lihat............


Musim Mak Bapak Terima Menerima Terterima Menantu


Wow 11.11.11. Tarikh cantik tu you all. Tarikh ni jugak ramai pasangan yang bercintan cintun bernikah dan bertunang. Almaklumlah tarikh yang senang nak ingat dan juga cantik didengar dan dipandang. He3. I pun teringin nak tarikh tu, semuanya satu dan tiada dua. =) *tersenyum senyum*

I bukan nak talk talk pasai tarikh tu tapi about majlis salah seorang my best friend. Majlis perkahwinan la kan. Ni kan musim orang berkenduri kendara, musim mak bapak mertua terima menerima menantu. Hi3.. Dan alhamdulillah one of my best friend selamat menjadi isteri. Selamat mendirikan rumahtangga dengan insan yang tercinta dan terpilih di hati.



Kami kawan-kawan tak ketinggalan memeriahkan majlis diaorang yang jauh nun di utara. Walaupun we all sampai lewat tapi ia tetap happening dan pening. Bukan lambat yang disengajakan ok. Ikutkan we all nak sampai before majlis bersanding tau. Nak berphoto gedik bersama. He3. Plan pun dah cukup cun tapi kerana dek hujan yang sangat la lebat dan highway jam. Yup highway jam tau because ada kemalangan teruk. You all bayangkan dari RNR Sg.Perak ke Persimpangan Kuala Kangsar ambil masa 2 jam. Pergh memang tak patut.

Tapi apa pun yang penting we all selamat sampai ke tempat yang ingin di tuju kan. So dah sampai apa lagi berphoto gedik geduk la jawabnya. Orang datang kenduri makan dulu tapi ni tak berpesta gambar atas pelamin dulu. He3. Ambik berkat dulu kan. =P








Bakal naik pelamin tahun depan =)

 Penat merenyeh (bab kata orang perak senyum), baru we all makan. Perut pun sebonarnyo memang lapar. Almaklumlah perjalanan yang sangat lama kerana jam and then hujan pulak tu. Mana la tak lapar kan you all. (walaupun dalam kereta dah makan macam-macam jenis kudap-kudap. hE3.) 

Okey dah kenyang jom kita sambung berphoto gedik di tepi depan belakang swimming pool. Terasa seperti ingin berenang pun ada bila tengok swimming pool yang jernih lagi mengancam hati sanubari.










Habis we all bergambar sakan sampai lupa jam pukul berapa. Ish memang parah dapat kawan macam we all, yang pantang nampak kamera terus mengedik pose sana sini. Jenuh-jenuh. Ish ish ish


Apa apa pun yang penting we all dapat memeriahkan majlis kawan baik kami ini. Walaupun tak ramai kawan kawan yang attend the majlis tapi we all tau kehadiran we all yang ado ini dah cukup memeriahkan majlis. *Muka perasan* 


I dan kawan kawan doakan semoga mereka berbahagia bersama dan berkekalan selamanya. Insyallah. Amin.


Aku Bersyukur Ya Allah






Aku bersyukur dengan Nikmat-Mu

Aku bersyukur dengan Pemberian-Mu

Aku bersyukur dengan Ujian-Mu

Aku bersyukur dengan Dugaan-Mu

Aku bersyukur dengan Ketentuan-Mu


Aku sangat bersyukur dengan apa yang telah Engkau turunkan pada hambamu yang kerdil ini Ya Allah. Aku juga berterima kasih kepada-Mu dengan apa yang telah engkau pinjamkan pada aku selama aku bernafas di bumi-Mu ini.


Aku tahu setiap yang terjadi telah tertulis sejak azali lagi. Aku juga tahu apa yang aku terima hari ini adalah dari apa yang telah aku lakukan semalam. Semua atas kehendakMu dan atas keredhaan ku.


 Aku terima dengan redha dan dengan hati terbuka kerana aku tahu ianya adalah yang terbaik untuk hambaMu ini.

Kerana Allah SWT Lebih Sayangkan Dia

14.11.2011. If dia masih ada genap sudah umur dua 25 tahun. Yes 25 tahun jika dia masih bernafas di dunia ini. Tapi apakan daya Tuhan lebih sayangkan dia dari kita.

Dia pergi ketika umurnya 17 tahun. Dan aku 16 tahun. Ketika masing-masing berbahagia dalam alam remaja masing-masing. Dan masing-masing cuba mengenali hati masing-masing. Oh tuhan, memang ajal maut semua ditangan Engaku Yang Satu. 

Engkau berikan aku sedikit kegembiraan disaat-saat akhir dia. Disaat dia tahu yang dia akan pergi meninggal semau yang ada di dunia ini. Tinggalkan semua yang dia sayang. Tinggalkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan hanya bekalan agama sahaja yang dia bawa bersama.

Siapa sangka insan yang kita sayang pergi tinggalkan kita untuk selamanya. Satu perasaan dan satu rasa yang tak terungkap dengan kata-kata. 

Ya Allah Ya Tuhan ku.. Berdosakah aku kerana masih tidak mampu lupakan dia.? Berdosakah aku menangisi pemergian dia.? Berdosakah aku kerana susah untuk aku meyakinkan diri aku yang dia sudah pergi tinggalkan aku untuk selamanya.?

Walaupun kau telah tinggalkan kami 8 tahun dahulu tapi hati ini tidak pernah luntur mengigatimu. Walau kau tinggalkan kami sejauh jauh nya tapi suatu hari nanti kita pasti berjumpa di SANA. Di alam yang satu. 
   
*Al-Fatihah buat Arwah Meor Muhd Syazani Bin Meor Hamzah
                     (141186-10042003)


Recipe For Lasagna

Seperti yang i janji kan dalam entry sebelum ini. I give you all resepi untuk Lasagna yang i buat tempoh hari tu ok.


Bahan - Bahannya:
Lasagna Sheet
Daging Lembu atau Ayam kisar
Cendawan Butang
Bawang Besar, Bawang Putih dan Halia (Dikisar)
Cili Giling
Sos Bolognese Kimball
Keju Philadelphia @ Keju Cheddar
Cream Milk
Tepung Gandum


Cara Memasak 

1.   Lasagna sheet direbus selama 15 minit.
2.   Setelah Lasagna Sheet masak, tapis dan letakkan sedikit butter/minyak zaitun supaya ia tidak melekat

(Inti Daging)

3.   Tumis hingga garing bahan yang di kisar dan juga cili giling
4.   Sudah garing masukkan sos Bolognese Kimbal. Kacau rata.
5.   Kemudian masukkan daging kisar dan cendawan.
6.   Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
7.   Dah siap sejukkan sebentar.

(Sos Cheese)

1.   Panaskan kuali dengan mentega.
2.   Setelah cair masukkan sesudu dua tepung gandum.
3.   Kacau sehingga kekuningan.
4.   Kemudian masukkan cream milk dan juga chesse
5.   Kacau sehingga cheese cair dan sos menjadi likat.

Susunan Untuk Dibakar

1.   Lapisan Pertama:Alaskan bekas pembakar dengan Lasagna Sheet
2.   Lapisan Kedua   :Letakkan inti daging dan ratakan hingga menutupi Lasagna tadi
3.   Lapisan Ketiga: Kemudian Sos Cheese diratakan diatas lapisan inti daging.
4.   Ulang lapisan hingga habis
5.   Kemudian bakar pada suhu 180 degree selama 20-30 minit



Kawan Yang Hilang Selama 6 Tahun

Wah sangat tak sangka kawan yang dah menghilang selama 6 tahun tanpa khabar berita desas desus itu boleh muncul kembali. Dan sedang mencari kawan kawan lain yang telah terhilang jejak selama 6 tahun itu. Uishh baru sedar dah lama rupanya.

On the way nak melepak mamak with my family i got the call. Terkejut akak tau. Mana taknya dah la tak nak perkenalkan diri pulak. Lepas tu siap suruh teka dianya siapa. Jenuh i main teka teki teka tekuk semua dengan dia. Berejam jugak la nak menjawab teka teki pantun syair semau. Jenuh nak mengigatkan dianya siapa. Almaklumlah dah lama tak jumpa and lost contact punya lama.

Tapi akhirnya setelah teka teki pantun bagai terjawab, i dapat teka jugak dia nya siapa. He3. Nak main tipu konon.

Tak sangka ada jugak kawan kawan yang dah bertahun tak jumpa tak berhubung boleh cari kita balik kan. Thanks jugak la kat dia sebab masih ingatkan i ni siapa dan sudi mencari kawan lama yang semakin menembam ini.

Kepada kawan kawan lain yang lama sesangat sangat tak jumpa dan yang telah berlost contact tu, sila silalah mencari i ni yea.. He3..


Nas-T Pelayan Restoran Simpang Tiga?


Ohhh my college. Miss sesangat dengan tempat ni. Dah hampir 2 tahun dah habis study kat Institut Teknologi Perak ni. Banyak kenangan kat tempat ni tau. Main cintan cintun, gaduh bertekak semua ada sejarah dalam kolej ni. He3

Choop. Bukan nak ungkit kisah lama or talk talk about my kolej tapi i nak citer sikit pasal Restoran Simpang Tiga ini. Sebaris dengan kolej lama i ni.


Kalau you all nak makan makanan Padang Indonesia, inilah tempatnya. Memang banyak pilihan lauk yang sedap sedap tau. Restorannya pun senang nak cari and  restorannya dalam pekan Ipoh je. 


You all kena cuba makan kat restoran ni tau. Ada dua tiga jenis makanan yang jarang dapat kita makan and jumpa ada kat sini. Bukan makanan je tapi minumannya pun lain dari lain tau. 




Gulai Lemak Daging Kaki Lembu 
Bukan setakat makan minum je yang best tapi pelayan restoran yang jaga tempat gulai gulai tu handsome handsome you all. Betul tak tipu sebab menipu tu tak baik kan. Hehehehe. Ada pulak sorang tu muka dia sejibik macam Nas Muammar Zar @ Nas T. Ala yang perlakon tu. Kenal tak.?




Memang sama la mukanya sampaikan terasa nak minta sign pun ada. Hi3. Siap i duduk pun menghadap tempat ambik lauk tau. Nak tengok Nas T sangat. Mula mula tangan ni gatai nak take dekat dekat picture mamat tu tapi sogan pulok so  i just take dari jauh jo lah. Itupun tak nampak pun kelibat copy paste Nas T tu.

Ceh mengatai pulak minah ni kan. Nak makan makan jelah ni tak gatai mata tengok orang lain pulak. Uishh. 


Ceritanya kalau nak tahu yang selanjutnya kena lah singah menyingah makan kat Restoran Simpang Tiga ni ok. Yang luar ipoh tu bila bila turun Ipoh tu mai pakat ramai ramai makan kat restoran ni ok.  


Piala Malaysia 2011 Milik Negeri Sembilan

Salam.. Aii you all semua..


Rasanya tak terlambat untuk i wish congrats to Negeri Sembilan especially pemain pemain bola sepak atas kemenangan Piala Malaysia 2011 baru baru ni.


Dan tahniah juga pada pasukan Terengganu walaupun kurang bernasib baik. Sekurang kurangnya anda sudah buat yang terbaik kan. Tapi takpe next game try the best and tingkatkan lagi usaha anda okey. (Honestly i sokong pasukan Terengganu dan i like penjaga gol nya pemain pemainnya.)

Macam mana pulak dengan you all yang lain lain ni.? Puas hati ke dengan perlawanan Sang Penyu dengan Sang Rusa sabtu lepas.? I tau mesti ada di kalangan kita yang puas hati dan ada jugak yang kurang berpuas hati kan. Adat la you all. Dalam apa apa perlawanan sekalipun mesti yang ada kalah dan ada yang menang. Adat permainan kan. Semua adalah rezeki yang diiringi dengan usaha dan doa. Mana tahu next time rezeki berpihak pada Terengganu pulak kan.

So majulah sukan untuk Negara. =)