suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Inilah Cinta


"Kita orang perempuan ni kena kahwin dengan lelaki yang benar-benar sayangkan kita. Bukan kahwin dengan lelaki yang kita sayang sangat-sangat" - Nora Elena..

Ayat yang selalu kita dengar dari percakapan orang-orang di luar sana. Sangat biasa didengar. Tapi kenapa masih ada lagi segelintir wanita yang kahwin dengan lelaki yang sangat disayanginya.? Tapi adakah lelaki itu juga sayangkannya sepertimana dia sayangkan lelaki itu.? Itu persoalannya.

Penat-penat bercinta bagai nak rak dengan lelaki yang disayangi, tup-tup hubungan percintaan itu tak sampai ke mana pun. Hanya diseparuh jalan. Mesti kecewakan dengan apa yang sudah dilalui bersama-sama setelah sekian lama bersama. Suka duka yang dilalui hanya seperti sia-sia. 

Kita selalu fikirkan yang hubungan percintaan itu akan membawa kita terus hidup bersama-sama dengan orang yang kita sayangi itu tapi sebenarnya hubungan percintaan itu bukanlah satu tiket yang menjamin kita untuk hidup bersama orang yang kita sayangi itu. Tapi sebenarnya semua itu hanyalah satu perkara untuk kita mematangkan diri dalam menjalinkan satu hubungan. 

Jangan terlalu taksub dengan cinta yang hanya bersandarkan pada nafsu semata-mata. Itu hanya akan memakan diri kita sendiri. Bercintalah dengan hati yang jujur dan ikhlas. Hubungan yang ikhlas itu akan membawa terus ke arah kehidupan bersama yang lebih baik, insyaallah....

"Tuhan akan berikan kita lelaki yang salah sebelum kita menemui lelaki yang sebenarnya untuk diri kita"


Bakal Pelajar


Hanya tinggal beberapa hari lagi saja my sis Nur Nadira akan membuat satu penghijrahan. Penghijrahan untuk mematangkan dirinya juga mengajar dia untuk hidup lebih berdikari tanpa keluarga disisi. 

Batu Pahat, Johor.. Yup ini destinasi yang bakal my sis tujui untuk memulakan satu kehidupan yang baru. Jauh beribu batu. Jauh dari keluarga dan saudara. Tapi demi mengejar masa depan semua itu perlu dilaluinya. Demi mencapai cita-cita, jauh beribu batu sekali pun bukan penghalang. Yang penting kesungguhannya untuk berjaya dan demi menjamin satu masa depan yang lebih baik.

Mungkin pada permulaannya dia akan rasa susah dan sedikit tidak selesa. Tambahan dia tidak pernah berjauhan dari keluarga sejauh ini dan akan berjauhan dalam masa yang panjang, tapi aku pasti lama kelamaan dia pasti akan biasa. Inilah lumrah kehidupan kepada seorang yang akan bergelar pelajar. Bukan lagi pelajar sekolah tapi pelajar universiti. Lebih besar tanggungjawab akan di pikulnya sendiri. Semuanya akan dilakukan dengan sendiri. Berdikari diatas kaki sendiri. Lambat berjalan pastinya akan ketinggalan. Tapi jika cepat setiap langkah perjalananya, dia pasti akan kedepan. Lebih maju dan lebih menuju kejayaan. 

Kami sentiasa berdoa akan kejayaannya. Dan berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru, persekitaran yang baru dan kawan-kawan baru. Segala-galanya adalah baru baginya nanti. Hanya doa, sokongan dan dorongan saja yang mampu kami sekeluarga beri padanya. Semoga segala perjalanan hidupnya nanti berjalan dengan baik dan diberkati. Mudah-mudahan.. Aminnn....


My Dear Bro (Nadim) & My Dear Sis (Nadira)

2 BULAN SUDAH


Alhamdullilah bulan ini cukup dua bulan sudah aku bekerja ditempat baru. Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang aku sudah beralih angin. Dan ramai lagi yang masih menganggap yang aku masih bekerja dengan company lama aku. Ini kerana aku tidak menghebahkan pada MEREKA-MEREKA yang aku sudah beralih arah.....


Lagi pun aku rasa tidak perlu untuk aku menghebahkan pada MEREKA tentang status kerja aku. Lagipun untuk apa aku suarakan nya bukan..? Hanya akan merungsingkan kepala sahaja.

Semestinya bertubi-tubi soalan demi soalan akan mereka persoalkan pada aku. Ahhh malas aku ingin memberikan jawapan pada soalan-soalan yang mungkin akan memeningkan kepalan aku je. Lagipun banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan.

Tak kisah la apa saja pandangan MEREKA tentang sikap aku itu. Aku tak ambik kisah dengan cakap-cakap kosong MEREKA semua itu lagi. Bukan MEREKA yang bagi aku nafas dalam kehidupan aku pun. MEREKA hanya segelintir manusia yang hanya tahu mengadili benda yang tak perlukan pengadilan.

Aku tetap akan teruskan kehidupan aku seperti biasa. Dan aku gembira dengan kehidupan baru aku sekarang dengan INSAN-INSAN yang menyayangi dan mengasihani aku. Aku tahu INSAN-INSAN ini sangat memerlukan aku daripada MEREKA-MEREKA itu. Jadi lebih baik aku pentingkan INSAN-INSAN ini kerana INSAN ini dapat menghargai aku seadanya aku.....