suara kehidupanku memang tidak akan mampu menjangk

Pages

Dibawah Lindungan Kaabah

3Salam and Selamat Sejahtera you all.



Ada siapa-siapa yang pernah menonton filem Dibawah Lindungan Kaabah.? Filem dari Indonesia tu. I dah tengok lebih dari 3 kali dah. Siap menangis lagi. Setiap kali tengok mesti nangis. Nangis je mesti tengok cerita sedih. #Minah Cengeng..

Honestly pendapat I cerita Dibawah Lindungan Kaabah ni memang menarik. Cerita cinta dengan unsur-unsur agama. I memang suka cerita-cerita yang ada diselitkan dengan unsur-unsur agama ni. 

Mungkin ada sikit kekurangan tapi secara keseluruhan cerita memang best. Ini pendapat i je. Maybe ada yang kurang suka kan. So siapa yang belum tengok lagi, ni i selitkan movie Dibawah Lindungan Kaabah untuk tontonan you all okey. Hayati baik-baik yea you all.. =)







Burger Bawang Goreng

You all perasan tak apa yang pelik.? 

I tak tau la kalau i and my family je yang rasa macam pelik kan. Kalau you all perasan atas burger tu ada bawang goreng. Ala bawang goreng segera tu. 



I and family terkejut bila buka je burger ni tengok ada bawang goreng. Selama i makan burger tepi-tepi jalan tu tak pernah kot ada orang taruh bawang goreng macam ni. Kalau ada bawang pun, bawang besar fresh tu je la. Kalau bawang goreng segera ni memang tak pernah kot. Orang taruh bawang goreng pun kat dalam mee hailam ke, kuetiow goreng ke, bihun sup ke kan ni dalam burger tu taruhnya. 

Adoii muak kot makan burger tu. Penuh dengan bawang goreng. Sampai nak terkeluar burger tu balik pun ada. I rasa maybe mamat burger ni nak buat kelainan. Burger yang lain dari orang lain yang itu penuhkan bawang goreng dalam burger.




Pelik kot. I tak tahu la kalau ada antara you all yang memang pernah makan burger yang ada bawang goreng banyak macam tu. Tapi i and my family memang first time makan burger macam tu. 

Apa pun  kelainan yang mamat burger ni buat, i memang tak suka sama sekali. Tak sedap. Bau bawang goreng and rasa dia kuat sangat sampai hilang rasa daging burger tu. Lepas ni memang tak la nak beli lagi kan. So selamat maju jaya yea wahai mamat burger.




 # I memang tak berapa suka dengan bawang goreng. Tak sedap.



Buruh Day



130 Siaran Percuma Astro

Wah wah wah wah.......

Seminggu dua ni duduk rumah je la i jawabnya you all. Duduk rumah menghadap tv, tv dan tv. Mana tak nya seminggu dua ni dengan baik hatinya Astro menyiarkan semua siaran secara percuma terus ke rumah anda okey.  Semua 130 siaran Astro boleh kita tonton selama 10 hari kecuali Astro First je tak diberikan okey. *Punah nak tengok movie-movie baru*

Tetapi siaran percuma ni ada due date dia tau. Start from 27 April till 6 May je. Bukan selamanya yea. Apapun kira okey la jugak dari takde kan.

Mesti ada yang tertanya kenapa pulak Astro buat siaran percuma ni. Macam tak percaya je kan. Ini kerana Astro menang Award. Award for The Best Of The Best Brand In Malaysia.




Tahniah la kepada Astro kerana Award itu. Bagus la sebab sudi buat siaran percuma walaupun hanya beberapa hari. Okey la tu. So kepada semua pelanggan Astro apa lagi duduk la depan tv tengok Astro sampai lebam. =)





Al-Kahf,18 : 107-108

Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, 
untuk mereka disediakan surga Firdaus sebagai tempat tinggal,
mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin pindah dari sana.
 Al-Kahf,18 : 107-108


Buat Calon Suamiku

Apa kabarnya imanmu hari ini?
 Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini
 Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam
.
 Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?
 Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi namun kini kurasakan diri ini lebih baik
 Kadangkala aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bagian terapuh dari diriku. Namun kini kutahu jawabnya….
 Allah tau dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya
 Ujian demi ujian insyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu
..
Calon suamiku….
 Entah dimana dirimu sekarang, tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu.
 Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati
 Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku…
.
Wahai calon suamiku…
 Saat aku mash menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak
 Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh
Aku ini kuat cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu
 Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan
.
Calon suamiku yang dirahmati Allah…
 Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih
Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…
 Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…
 Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak…
.
Calon suamiku….
 Inilah sekilas harapan, yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. Itulah yang kini kuhadapi…
 Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu
Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu…


Hari Keputeraan Sultan Perak

Salam dan Selamat Pagi you all semua.

Hari ini Public Holiday untuk warga negeri Perak. Dengan lebih indah di sebut sebagai CUTI........... Bab cuti suka je kan. =)

Warga Perak cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Selamat Tuanku.!!


Terasa teringin nak naik Bukit Chandan Kuala Kangsar pun ada. Tapi conform ramai orang kan so baik buat benda lain.

Subuh pun dah ni, apa lagi jom kita buat benda lain selain ke Kuala Kangsar. Project terbaik adalah sambung tidur. Tidur sampai mak ayah nadim jerit menjerit suruh bangun. 

Daaa. Tatatata. Selamat Subuh semua.



Kuku!

“ Eh... Beb. Nak tanya sikit boleh.? “

“ Awat. Nak tanya apa.? “

“ Apasal kuku jari ko macam tu.? Takde kuku kot. “


“ Heheehe.. Inilah salah satu tabiat buruk i beb. 
SUKA GIGIT KUKU. Dah jadi habit pulak. 
Tu la pasai i ni tak berkuku panjang
 berjela macam kau orang semua. “




#Sedang cuba memperbaiki diri daripada tabiat buruk ini.  Tak elok gigit kuku okey. Nasihat pandai ler =,='


Rumah I Kena Pecah.!

Lately i terasa badan asyik rasa penat. Penat sangat walaupun cukup makan dan cukup tidur. Nak kata kerja office banyak, enggak mungkin sebab i adalah pekerja yang kurang ada kerja. Boleh kata i kat office lebih banyak online dari bekerja. *Tolong jangan jealous*

Mungin sebab keadaan rumah i sekarang ni kot. Tak terurus langsung. Macam tongkang pecah pun ada.





Memang macam tongkang pecah pun kan. Ini semua gara-gara pengubahsuaian ruang dalaman dapur rumah (Skema la pulak).. He3..

Habis satu ruang dapur kena pecah, toilet and bilik bawah. Nak main ubah-ubah toilet la pulak parent i ni. Dah elok-elok kat situ nak tukar tempat lain la pulak. Kome eidak sedor ke rumah mike ni bukan rumah banglo. Sedihhhh..

Sekarang masak, basuh baju, basuh pinggan mangkuk semua kat porch rumah. Penat mata memandang la punya pasal sampai i pun penat satu badan nengoknya.

Sebulan untuk selesaikan semua ini. Lambatnya you all. Ni baru seminggu kerja berjalan, jauhnya perjalanan nak siap. *Pening*

#Tunggu lagi sebulan untuk wajah baru. ;)




Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25

Salam. Hai you all.

Masih ada yang sebut-sebut pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-25 ke.? Ada yang berpuas hati dengan keputusan  dan i tau ada jugak yang tak berpuas hati dengan keputusan penerima anugerah kan.

Kalau tak berpuas hati, kenapa before ni tak undi kuat-kuat kan. Undi sampai lebam. He3. Bagi i keputusan semua pemenang anugerah okey je and i setuju mereka-mereka itu menang. Mereka menang atas undian peminat mereka jugak. 

Bior ler deme dengan kejayaan deme. Ni ada segelintir insan yang suka suki je mengata, memerli dan bernegative atas kejayaan artis tu. Kita jangan la nak mengutuk mengata yea. Buat tambah dosa yang sedia ada je. Rezeki masing-masing you all.

Hari tu i tak puas tengok ABPBH25 sebab masalah yang dibuat sendiri. Hehehe. Yang belum tengok or tak puas tengok, jom join i tengok ulangan ABPBH25. *Tengok kat YouTube je la*




Menjaga Hati


عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ:
إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرمِنَ النَّاسِ
فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ
وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ
وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ
أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى
، أَلاَ وَإِ نحِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
. رواه البخاري ومسلم 


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a.  beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya perkara yang
halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang 
haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut
ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran
yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat
 maka sesungguhnya dia telah
membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh 
dalam perkara syubhat,
maka dia telah jatuh dalam perkara haram,
umpama seorang pengembala yang mengembala
di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan 
menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah
perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad 
itu ada seketul daging,
yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan 
apabila ia rosak,
maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

(Riwayat Al-lmam Al-Bukhari dan Muslim)








9 Tahun Berlalu

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.”
Surah Al Munafiqun: Ayat 11


Hari ini 10 April 2012. Cukup 9 tahun kau pergi meninggalkan kami. Walaupun payah untuk kami melupakanmu tetapi kami tetap redha dengan ketentuan dari yang Maha Esa. Andai semua ini telah tertulis sejak azali.

Kami sentiasa mendoakan agar kau sejahtera dan aman disana. Hanya doa penghubung antara kau dan kami disini.

Takdir penentu segalanya. Dengan takdir Illahi kita bertemu dan dengan takdirNya juga kita terpisah.

Semoga engaku dicucuri rahmat dariNya. Amin.
Al-Fatihah..


Siapa Sahabat Yang Kau Pilih.?

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya.
Maka berwaspadalah dan bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat” 
(Riwayat Ahmad)






“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
(Riwayat Abu Daud)





“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)




 Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.”
(Riwayat Abu Daud)



Siri Jelajahan AEON Station18

Salam and Selamat Sejahtera you all..
Hope semua sihat-sihat sejahtera la yea.

La ni heboh cakap-cakap gosip-mosip penduduk kawasan Pengkalan, Ipoh Perak dan yang sewaktu dengannya. Cakap pasai Shopping Mall AEON yang baru dibuka area Pengkalan ni. Bangga dan teruja jugak la kan sebab kat area kawasan perumahan i ni. Tak sampai 5minit pun rumah i dengan AEON ni. Senang i nak bershopping and cuci mata.

Pembukaan 29March baru-baru ni meriah katakan. Ramai yang kata penuh Mall tu dengan manusia. Dengan parking yang sepenuh-penuhnya and then sesaknya jalan. I tak menyesakkan diri pun sebab i tau mesti crowded dengan orang. Dari bersesak baik duduk rumah tengok TV lagi bagus. Rumah dekat anytime boleh pergikan. Jalan kaki pun sampai. He3.



I menjejak kaki ke AEON pun Sabtu malam. Sebabnya nak celebrate birthday my sis kalau tak memang tak jejak pun lagi. Memang tak di nafikan memang penuh dengan manusia. Dan yang paling best banyak SALESSSSS.. *Like like like*

I tak jelajah habis-habisan pun lagi AEON ni sebab tak sanggup nak harungi lautan manusia. Tak sanggup nak bersesak ditambah dengan bau-bauan yang menjejaskan lubang hidung. 





Nantikan kemunculan i di AEON Station18 dengan siri jelajahan menyeluruh yea you all. Akan i harungi semua butik-butik, kedai-kedai, kiosk-kiosk yang ada. Bersiap sedialah wahai duit. =) 



Harini sabtu terakhir dalam bulan March. So harini jatuhnya Earth Hour. You all tau kan pasal Earth Hour ni. Kepada yang tak tahu tu boleh klik-klik kat Earth Hour ni.


Disebabkan dunia kita sekarang ni terjejas dengan masalah-masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang membimbangkan ni, kita sebagai penduduk dunia ni kenalah ambik peduli sikit untuk mengurangkan masalah iklim ni kan. 

So dengan itu jom kita join kempen Earth Hour ni dengan MEMADAMKAN semua lampu dan tenaga elektrik selama 60minit. Tak lama pun you all 60minit je. Dan Earth Hour ni bermula jam 08:30pm hingga 09:30pm malam ini. Waktu Malaysia okey.

Jom ramai-ramai pakat tutup lampu, tutup tv, tutup laptop, tutut semua tenaga elektrik dan tutup pintu tingkap semua sekali tau. Kang tak pasai-pasai pulak ada orang amik kesempatan dalam kegelapan ni. Hehehehe..

*Tidur awal malam ni*

bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.



bagi menyedarkan kita semua tentang masalah kepanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Artikel asal - http://anarm.net/blog/earth-hour-malaysia-2012.html#ixzz1qf9L28Zz
Under Creative Commons License: Attribution No Derivatives